Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Sunday, May 30, 2010

nur amni insyirah


Ok.. tak pernah cerita pasal ini budak kecik. So, sekarang jom mulakan pengembaraan bersama si kecik amni..

Hari ni hari ahad kan. Biasanya setiap weekend amni mesti tidur kat sini (rumah ayah tok =my encik ayah and mak tok=my puan emak) ups..ups..lupa nak bagitau.. Si budak kecik Nur Amni Insyirah ni anak kakak aku. Maka jadinya beliau adalah anak saudara aku yang pertama..weeeee...

Ok..ok..sambung balik kejadian si kecik amni tidur kat sini. Macam biasa la kan. Setiap kali dia tidur kat sini, semua orang pun akan dikerah untuk tidur bersama. Siapa kerah?? Mak tok la. Kenapa?? Sebabnya bila si kecik amni berjaga tengah malam nangis-nangis nak susu or lampin basah, akan ada orang yang kena uruskan.. ahahaha... Si kecik amni sudah 6 bulan. Bermaksud sudah 6 bulan lah jugak aku terbiasa dengan kejadian dia berjaga tengah malam. Kira ciri-ciri ibu tengah malam dah ada kat aku la nih...wink..wink..wink..

Tapi kejadian yang aku nak cerita ni bukan pasal dia berjaga tengah malam. Tapi kejadiaan si kecik amni dikala orang sibuk nak berjoging pagi tadi.

Memang aku mengaku la bukan aku yang nak berjoging tu. Sebab pagi tadi adalah pagi malas untuk aku. Kira bantal dan tilam adalah terbaik untuk aku pagi tadi (eh..bukan setiap pagi pun macam tu ke??ehehe....) Pagi tadi ayah tok, mak tok, mami tah dengan pakcik si kecik amni ni lah yang nak pergi berjoging. Tapi disebabkan kecerdikan si kecik amni sekarang ni dah pandai nak ikut-ikut orang nak pergi mana-mana, maka riuh la pagi tadi dengan tangisan-jeritan si kecik amni ni. Hoh..gegak gempita woo..Kurang selesa di situ waktu tidur-ku.. Bila dukung, dia stop nangeh-gelak suka-suka (konon perasaan orang nak bawak dia jugak) Bila letak aje balik atas tilam, dia mula nangis balik (perasaan si kecik amni telah dipermainkan)

Oleh kerana keriuhan pagi tadi telah mengganggu-gugat tidur-ku yang indah permai, maka dengan tiba-tiba aku mem-bangun-kan diri lantas mencapai si kecik amni terus meluru keluar rumah. Mesti korang pelik-kata aku ngigau kn?? Aku bawak si kecik amni terus masuk kereta di mana ayah tok telah lama menanti golongan yang mahu berjoging itu..

Mak aiii.. punya la suka-berseriseri-gelaktawa si kecik amni sebab dapat ikut. Oh..aku telah korbankan tidur pagi-ku!!! Ini bermakna aku kena melayan kerenah si kecik amni sementara golongan joging itu melaksanakan tugas mereka.

Ini wajah baru si kecik amni on 6 months..

2 comments:

  1. uh..uh..uh..booolat nye mate dia..urm..geram2..

    ReplyDelete
  2. tak pernah kot mata dia tak bo0lat..tu feberet dia..

    ReplyDelete