Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Wednesday, August 18, 2010

Ragam Bazar Ramadhan

Pagi ni aku dengar radio Hot FM. Memang tetiap pagi aku dengar Hot FM Am Krew sebab aku suka dengar topik/isu yang diperbahaskan termasuk celoteh penyampai-penyampainya, Fara Fauzana, AG & FBI. Ok..ok..sekarang bukan cerita pasal channel radio kesukaan aku. Tapi cerita pasal tajuk topic pagi ini, "Ragam di Bazar Ramadhan"..

Kebetulan p0n. Memang semalam aku nak post entry pasal topic ni. Aleh-aleh Hot FM AM Krew p0n discuss pasal topic ni.. Ape yang best topic ni?? Memang best. Sampai berasap hati aku tiap kali pegi bazar Ramadhan. Aduh..pose-ku.. Tapi nak cerita jugak..

Nasib lah puasa tahun ni aku ade Puan Emak yang masak-kan untuk berbuka dan sahur. So, sepatutnya tiada masalah dengan sebarang menu. Tapi selalunya untuk hari-hari bekerja, Puan Emak hanya sempat masak lauk-pauk aje. Kira kuih muih kena beli la kan..

Yang buat aku sakit hati sangat-sangat dengan peniaga-peniaga bazar Ramadhan sekarang ni, disebabkan nak untung lebih, mereka tak sedar mereka dah menganiaya orang ramai dengan menu jualan mereka. Macam mana diorang aniaya?? Check it out..

Kuih-muih: Kan kuih-kuih sekarang kebanyakan dijual dengan harga RM 0.40 sebiji. Dah memang tak jumpa lah yang jual RM 1.00/3 biji mahupun RM 0.20/kuih kan.. Memang harga kuih tak berubah dari sebelum puasa sampailah ke masa puasa sekarang ni. Tapi apa yang berubah adalah size kuih. Bayangkan kuih yang standard size RM0.40/kuih, aku jumpa di bazar semalam dengan harga yang sama tapi size nya ibarat dipotong dua. Kecik weh.. tah apa-apa dengan harga macam tu. Punya lah nak untung sangat orang sekarang sampaikan potong kuih pon kecik. Ya Rabbi...

Murtabak: Kes yang ini size nya aku perasan macam kecik sikit dari tahun-tahun lepas. Harga tetap RM2/murtabak. Murtabak pulak yang aku marah jugak sebab peniaga jual yang berinti basi. Ya Allah..Dah kalau yang semalam (tah-tah yang kelmarin jugak kot) tak habis dijual, hari ni mestilah jual balik kan. Kalau tak sure rugi lah. Tapi masalahnya, kalau yang semalam punya tak simpan elok-elok, sure la basi wahai peniaga-peniaga sekalian. Ouh..ini bukan tuduhan ok. Realiti.. Aku pernah terbeli murtabak yang intinya bau-bau masam bila nak makan.. Dah masam kan, so boleh tau la kata dah basi. Hish..

Gulai kawah batang pisang: Huh..yang ini memang sedap. Tapi kalau orangnya pandai masak yang sedap la kan. Kes gulai ni pulak pasal batang pisang. Ok..memang la namanya gulai kawah batang pisang. tapi gila ke apa nak makan batang pisang? Orang buat gulai ni guna umbut pisang la pak cik, mak cik, kakak, abang oiiii...bukan batang pisang yang keras ya amat tu.. Dah la guna batang pisang yang keras tu, banyak pulak tu. Dagingnya pon entah ke mana..

Hm.. banyak lagi la k0t. aku mintak jasa baik la, kepada peniaga-peniaga bazar terutamanya (aiceh..macam ade peniaga bazar yang baca blog ko..uhu..), atau sedara sepapat atau kawan-kawan kepada peniaga-peniaga bazar yang ada ter-buat perkara-perkara yang macam di atas, tolong la hentikan. Tak baik tau. Bulan mulia ni buat aniaya kat orang.

Setakat ni dah 3 bazar Ramadhan berhampiran rumah aku yang dah aku lawat. Bazar Ramadhan Selayang Utama (tapak pasar malam dekat Selayang Mall), bazar Ramadhan Bandar Baru Selayang (tapak pasar malam dekat stadium MPSelayang) dan bazar Ramadhan Selayang Baru (tapak pasar malam & pasar pagi dekat Balai Polis Selayang Baru) termasuk gerai-gerai kecil di 'benteng' (deretan kedai makan depan Taman Bidara 3). Setakat ni jugak la belum ada lagi bazar yang best di hati aku. Tak bernafsu pon aku tengok makanan kat bazar tu. Alhamdulillah la kan. Elak membazir..

No comments:

Post a Comment