Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ramadhan tahun ni dah nak sampai ke penghujung. Pagi tadi aku rasa sedih pulak bila baru tersedar Ramadhan dah nak habis (puasa dah nak habis baru sedar. tapi dah nak raya lama dah aku sedar.ish..ish..). En. SDD la ni. Pagi-pagi hari dah start sedih-sedih sebab teringat arwah maknya. Ter-tempias kat aku pulak sedih tu..huhuhu..

Hm.. Dikesempatan ini (ayat...), aku pohon ampun dan maaf atas salah silap perbuatan dan terlanjur kata. Aku ucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 

kepada kamu-kamu semua. Berhati-hati di jalan raya. Jangan makan banyak sangat masa open-house (nanti ada yang asyik ci-bi pulak).

Candle Light Sahur

Kalau candle light dinner bunyi macam best la jugakkan.. Ni Sahur..Homai~~Apa kejadian???

Sepanjang bulan ramadhan tahun ni aku tak tidur dalam bilik. Kenapa??Entah..hahahahaha..Aku tidur dekat ruang tamu. Lagipun senang nak bangun sahur. Kononya lah kan..Ye la..kalau-kalau mak tak tersedar nak bangun sahur, senang la aku nak kejut. Kalau tidur dalam bilik, rasa-rasanya berlaku peristiwa terbabas sahur.

Al-kisahnya begini. Selalunya memang tak pernah tutup lampu kalau aku tidur. Aku flexible. Boleh tidur dalam gelap mahupun terang. Senangkan bela aku. Haha..*Tiba-tiba*. Malam ke-24 aku sedar dalam jam 3 pagi gelap gelita rumah. Tapi tak panas. Sejuk-sejuk je gitu. Mula aku fikir ada orang tutup semua lampu kot. Bila kali kedua fikir, rupa-rupanya black-out. Aku pun cuba untuk check-it-out apa yang berlaku sebenarnya. Satu kawasan taman perumahan aku ditimpa kejadian yang sama. Dah macam tu kejadiannya, aku pun sambung tidur balik la. Rugi ohh masa tidur disesiakan..ehehehe..

Pukul 5 pagi mak kejutkan sahur. Aku buka mata masih gelap. Dah agak la mesti makan bertemankan lilin ni. Tu la yang jadi kejadian "Candle Light Sahur".

Monday, August 1, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapore

Wah..wah..wah..nak bercerita pasal bola pulak. Ada aku kesah?ahaha.. Walaupun dah seminggu perlawanan ni berlalu, aku just nak share sikit la cerita.

Memang aku suka sukan bola sepak. Tapi tak adalah suka yang tahap boleh main dengan jayanya mahupun terlalu mengetahui perkembangan bola sepak dengan baik. Kira macam....boleh lah..uhuhuhuh.. Pasal game  antara Malaysia vs Singapore di Stadium Bukit Jalil 28 Julai 2011 hari tu, aku memang semangat sangat nak pergi tengok dekat stadium. Berusaha suruh orang belikan tiket. Tapi nyaris-nyaris jugaklah tak dapat pergi sebab ayah plan nak buat kenduri sambut Ramadhan dan Doa Selamat untuk adik aku yang akan berangkat ke US 3 Ogos 2011 ini malam game tersebut (Khamis malam Jumaat kan). Muka aku dah kecewa. Tapi paling kecewa tentulah adik lelaki kesayangan aku. Muka nak ketat je. Aku pun berusaha minta mak pujuk ayah. Siap tayang-tayang tiket game yang dah beli.

Usaha menayang-nayang (ada word ni??) tiket berhasil. Ayah benarkan kiterang pergi tengok bola dekat stadium. Fuhh..lega.. tapi tak adalah bersorak kan. Maka, kenduri yang dirancang pun ditunda ke hari Sabtu.

Perjalanan ke stadium pada hari kejadian bermula dari Stesen LRT Bandaraya selepas office hour (kental aku naik pengangkutan awam). Lepas office hour kot. Dalam tren dah macam sauna. Berhimpit paling ketat ah. Sampai aje stadium terus cari makan. Lapar..ehehe..Sambil-sambil bershopping sikit-sikit (beli benda tiup-tiup yang bunyi bising).


Excited meniup "seruling"





2 orang budak semangat kenegaraan di stadium 
Aku sangat kagum dengam sokongan yang rakyat Malaysia bagi malam tu. Lebih 80,000 orang  memenuhi stadium. Memang gegak gempita stadium. Rakyat Malaysia memang sayangkan sukan bola sepak tanah air.  Pemain Malaysia pun aku nampak cuba bermain dengan lebih baik berbanding dengan perlawanan pertama di Singapore 23 Julai 2011. Tapi tetap ade beberapa kelemahan yang sangat-sangat tak perlu ada kot dalam perlawanan macam tu termasuk aksi-aksi "tak patut" daripada pemain Singapura.


Wajah kecewa seorang peminat bola sepak negara.
.
Dalam perlawanan tersebut Malaysia seri 1-1 kepada Singapore dengan jaringan oleh Safee Sali. Namun Malaysia tewas dengan aggregate 6-4.


p/s: Tiba-tiba ada pulak kontroversi pasal penjaga gol Malaysia. wah..wah..wah.. dah macam kat luar negara pulak.

Selamat Kembali Ya Ramadhan

Alhamdulillah aku masih berkesempatan bertemu lagi Ramadhan kali ini. Amin.. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Beribadah dengan sebetulnya. Rebutlah peluang yang ada di bulan ini. Aku mengingatkan diri aku jugak ;p

Sunday, July 31, 2011

Ketenangan Bertenang

Keadaan semakin tenang. Alhamdulillah walaupun kekadang ada makhluk bikin onar nak gugat ketenangan ni, tapi aku berjaya berfikiran positif. Syukur sangat w0h. And walaupun kerja semakin banyak, jadual semakin padat, aku masih lagi tenang.. Suka sangat kan~

Sekarang aku dah mampu nak tersenyum gedik-gedik. Bak kata officemate, sampai ke telinga senyum..hehehe.. Sebabnya ketenangan yang ada sekarang buat aku rasa bahagia. Boleh?? Hahaha..boleh aje kalau aku nak kan. Bukan nye aku kacau orang. Aku yang senyum. ;)

p/s: Entry sekarang semua pendek-pendek kan.. Sebabnya ada orang sibuk nak stalk aku sekarang. Nanti aku usahakan sesuatu. Mungkin idea untuk privatekan blog ni.Hm~~

Mat Bunga-bungaan








Layankan saja~

Wednesday, July 20, 2011

Cuti Sakit

Minggu ni minggu ke-3 aku MC..ini bermakna dah 3 minggu aku tak sihat. Tapi Alhamdulillah semakin beransur pulih..

Tak ada banyak aktiviti yang dapat aku buat sepanjang aku MC ni. Selain dari makan dan tidur (ahahaha..aktiviti wajib..) adalah jugak melayan kehendak hati yang dah terlalu bosan duduk di rumah. Maka berjalan-jalan-lah aku ke IKEA dan SOGO (wah..shopping kau..). Awal-awal MC boleh lagi tengok tv. Tapi masuk minggu ke-2, jangankan kata tengok tv, nak surf internet pun tak dapat. Memang aku berkurung dalam bilik gelap pandang lantai sajalah. Azab woh.. Ditambah pulak dengan tak boleh tidur semalaman. Rasa nak jerit je. Tapi mengenangkan aku seorang yang berhemah, tak perlulah aku buat macam tu kan. Bayangkan sajalah apa yang aku buat bila tak dapat tidur. Memang aku berjalan-jalan dalam rumah, dari dapur ke ruang tamu masuk bilik adik aku, keluar balik, masuk bilik aku, keluar balik, duduk berteleku di meja makan dekat dapur. Semuanya dalam gelap. Azab juga rasanya.. Tapi sekarang bersyukur sangat kesihatan semakin baik. Moga terus baik. Amin.

Terima kasih pada yang mendoakan kebaikan aku. Moga Allah balas doa-doa kalian yang baik-baik.Amin..Terima kasih pada kawan-kawan yang ambik berat. Korang memang best lah. Termasuk seorang kawan ni. Sangatlah bersemangat monitor tahap kesihatan aku hari-hari. Pagi-pagi dah gegar-gegar aku dari tidur. Tanya pasal ubat, makan, oh..macam-macam lagi la. Sanggup pulak bawak aku jenjalan walaupun aku tak sehat.

Anda memang best la Mr. Suci Dalam Debu (SDD) sebab bawak makan meatball dekat IKEA, lepak dekat Hutan Lipur Kanching tengok monyet-monyet berkeliaran yang sangat ramai sehingga mendatangkan ketakutan (walaupun saya tahu awak akan melindungi saya..ehehe..), makan ayam kampung dekat Bandar Tun Razak (sehingga aku berjaya buat Mr.SDD makan nasi untuk lunch..*peace..*). Tapi paling-paling best Mr. SDD bawak aku pergi lunch dekat Temerloh semata-mata aku teringin nak makan Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin (seyes aku selalu ambik secubit aje masakan tu bila tiap kali makan sebab kononnya tak suka. Tapi Mr.SDD berjaya buat aku habiskan separuh bahagian ekor ikan patin. Kagum-kagum dengan diri sendiri). Gerak dari KL dalam pukul 1130am lepas aku medical check-up dekat Hospital Selayang, sampai Bandar Temerloh dalam 1250pm. Haruslah Mr. SDD yang memandu kalau dah laju segala. Cari tempat makan yang best bak kata Mr.SDD, terus melayan makan..Siap air basuh tangan dia angkatkan untuk aku. Melampau Mr. SDD ni melayan. Katenya orang sakit mengidam, kena layan baik-baik.. Cet…

Lepas makan ikan patin, Mr. SDD bawak pergi cari buah durian. Sekotak besar jugak-lah aku bawak balik KL. Mengancam bau dalam kereta sepanjang balik KL. Dalam masa 1 hari aku dapat makan Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin and makan buah durian sangat banyak. Tabah Mr. SDD melayan orang sakit ye. Thank you so much. Layanlah lagi walaupun saya tak sakit ye..ahahaha..

So, sekarang aku sedang menghabiskan baki MC untuk minggu ini dengan harapan minggu depan aku boleh masuk kerja dengan semangat teruja ya amat. InsyaAllah.

Monday, July 11, 2011

Aku Redha

Semenjak dua menjak ni (sebenarnya semenjak tu sama dengan berapa hari??ehehehe..) macam-macam kejadian berlaku pada aku. Bermula dengan kecederaan di tangan akibat terlalu semangat berlatih bowling sempena kejohanan MAKSAK JPS 2011 di Sunway Pyramid bulan lepas. Akibat daripada itu, aku tak dapat join latihan bola tampar untuk SUKAN NRE 2011 selama seminggu..Kecewa jugak. 

Sekarang, aku betul-betul kena tarik diri dari bola tampar SUKAN NRE 2011 yang akan bermula 15 Julai 2011 di UPM, Serdang. Sebabnya masalah kesihatan. Dah seminggu aku bergelumang dengan sakit ini. Semalam ke klinik lagi (doktor dah macam body builder..ehehe..), doktor kata mungkin boleh berlarutan sehingga sebulan. Wah..lama sungguh asyik bangun makan tidur kat rumah. Moga-moga cepat sembuh walaupun aku tahu harapan untuk join bola tampar tu dah tipis.. Dan hari ini pulak, aku dirujuk ke Hospital Selayang. Dalam masa 1 minggu lagi aku perlu datang untuk rawatan susulan.

Aku redha dengan nasib hidup aku sekarang. Nak senang kena susah-susah dulu kan..Nak buat macam mana, dah tak ada jodoh..eh....ehehehe....tak ada rezeki nk main bola tampar. Tahun-tahun depan la pulak.. InsyaAllah..

Sunday, July 3, 2011

Aku Berdosa Pada Mereka

Ingat pada entry ini?Rupanya lirik lagu tu sentap aku. Sangat-sangat terasa ok.. Untuk mak and ayah, im really2 sorry to hurt both of u..


::Cinta Teragung - Hazama::


Maafkan aku
Sekiranya tak termampu

Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku

Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba

Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Sejenis perasaan ku abaikan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba

Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba

Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku

Tuesday, June 14, 2011

Oh.. Fragile-nya

Hari ni dah 2 kali hati aku tiba-tiba tersentuh la pulak. Bila dah tersentuh tu, boleh pulak dengan tiba-tiba jugak mata aku bergenang dengan air. Mai dari mana tah..uhuhu.. Fragile sungguh hati aku hari ni. Kenapa ye kamu wahai hati?? Kejadian berlaku masa lunch tadi dalam bilik fail (kantoi makan dalam bilik fail..ehehe..). Officemate aku ah start dulu. Bukak cerita pasal kehidupan. Dah pulak tu cerita kehidupan tu berkait dengan aku. Harus la jiwa ni tersentap segala bagai. Nasib bergenang-genang je air tu dekat kelopak mata. Kalau jatuh terus, malu i (hoh.."malu i"???lama tak dengar ayat tu.. Rindu..rindu..rindu..sila cakap ulang-ulang kali dekat saya..please...please...;P ).

Dan kali kedua adalah beberapa minit yang lepas sebelum aku buat entry ni. Aku tengah layan lagu "Cinta Teragung" nyanyian Hazama AF. Macam tercabar-cabar pulak dengan lirik lagu tu. Tu yang buat hati sentap nih. ehehehe...

Apa-apa hal pun, semua yang baik-baik untuk aku.. amin...

Friday, June 3, 2011

Tak Sihat

Oh..kesian dia tak sihat.. Dah lama sangat batuk-batuk, demam pulak. Semoga awak cepat sembuh ye. Tak mau sakit-sakit. Tak senang hati saya kalau awak tak sihat.

Thursday, June 2, 2011

Warkah Peringatan Terakhir

Aku kan...kalau kata tak suka, memang aku tak suka. Tak payah nak buat baik segala dengan aku, nak pujuk-pujuk aku, nak buat madah pujangga ayat nak kasi cair ke apa. Memang aku tak kan layan. Bila aku kata aku tak mau, aku tetap tak mau. So jangan nak paksa-paksa aku. Tak ada hak nak suruh aku terima atau tolak. Suka hati aku. Bila aku benci, aku betul-betul benci. Aku memang tak suka terus. Bagi la ayat apa pun, aku tetap tak akan layan. Sekali aku cakap, sila paham. Jangan nak kacau hidup aku, jangan nak kacau ketenangan aku. Semua tu menyusahkan aku. Sila jangan jadi orang tak ada akal yang tak reti nak paham bahasa. Aku bercakap dengan manusia yang ada akal fikiran, yang ada pendidikan yang baik, yang sepatutnya tahu dan reti fikir (sepatutnya la kan..). Sewajibnya fahamlah.. Tak payah aku nak cakap banyak-banyak kali (rasa macam dah berjuta kali kot cakap). Sememangnya aku bukan seorang yang penyabar. Aku bukan seorang yang tenang. Tapi bila aku dapat ketenangan, aku tak mahu ketenangan tu dirosakkan oleh makhluk durjana. Bila tiada kesabaran, memang padahlah makhluk durjana itu.

Ayat paling nak sentap ni, padanlah muka. Sebab sesiakan peluang yang aku bagi selama ini. Ini bukan benda main-main. Rasa-rasa aku bukan sekali peluang aku bagi. Aku masih ada toleransinya. Tapi berpada-pada. Tempoh yang aku bagi tu dah tamat. 

Aku bukan perempuan yang mudah terima maaf, yang mudah termakan pujuk rayuan domba. Untuk sekali lagi, sila ambil maklum dan paham betul-betul dan aplikasikan dengan baik untuk masa depan. Jika berterusan macam sekarang, aku tak tahu lah apa nak jadi. 

Akhir kata, sudah-sudah la kacau aku. Meluat dah rasa..

Sekian, terima kasih.

Friday, May 27, 2011

Hadiah Hari Jadi Ke-26

Alhamdulillah, dipanjangkan umur aku 26 tahun. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan lagi umur, dan dapat yang baik-baik. Amin...

Alhamdulillah juga. Ulangtahun aku yang ke-26 tahun ni, dapat "hadiah" yang sangat bermakna dalam hidup aku setakat ni. Sangat-sangat bersyukur. Tak pernah aku bayangkan "hadiah" ni yang aku akan dapat. Thanks sangat dekat "dia". Call dari awak sangat terbaik ok. Saya memang terharu sangat-sangat lah. Rasa nak nangis laju-laju je. Tapi saya boleh control.ehehehehe..Memang mahal la "hadiah" hari jadi yang awak bagi semalam.

Perbualan dengan "dia" lebih kurang 45 minit memang best. Rasa macam ada dekat zaman dulu-dulu (oh..macam lama ngat..ehehe..). Actually, "dia" adalah seseorang dari masa dulu. Seseorang yang banyak kenangan dalam hidup aku. Seseorang yang sangat bermakna dalam hidup aku. 

Kenapa sekarang?? Sebab atas kesilapan aku sendiri, tempoh 1 tahun 9 bulan ni sangat-sangat menguji aku. Tempoh yang cuba menjarakkan aku dengan "dia". Tapi hakikatnya, tak pernah jauh. Tak kan pernah. InsyaAllah...

Sebelum dapat "hadiah" kat atas tadi tu, Mr. Black dah awal-awal bagi hadiah dulu kat aku. Oh..cinta hati! Sampai hati eh. Punya la masin mulut kata nak beli sesuatu untuk diri sendiri sempena jadi "birthday girl", ha..hambek. Dah kena beli bateri untuk Mr. Black. Awalnya ada lunch date dengan officemate yang bermurah hati celebrate birthday aku di Pizza Hut, Mid Valley (thanks to Dya, Azah, Kak Faz & Jenie). Konon dekat Mid Valley tu, aku berusaha la cari sesuatu untuk diri sendiri. At last, keluar dari Mid Valley tak ada apa yang aku boleh beli.

Rupa-rupanya, sesuatu yang aku nak beli untuk diri sendiri tu ialah bateri kereta. Humangaih.... Mr. Black tak boleh start masa aku nak pergi discussion dekat Bahagian Sungai (Bahagian lain dekat Ibu Pejabat JPS dekat blok Wisma Tani). Masa tu memang tak dapat nak fikir apa patut buat dengan Mr. Black. Kebetulan pulak bateri handphone pon totally out. Dah kena pulak aku naik balik tingkat 1 buat call cari driver. Ya Rabbi..Dugaan.. Sorang driver pon tak ada dekat office. Dengan keadaan terpaksa rela aku berjalan kaki turun ke Bahagian Sungai. Pada siapa yang tahu JPS HQ punya berbukit macam mana, bayangkanlah. Mengah wooooo...ahahahaha...

Habis disscussion tu, baru lah kelibut cari jumper. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan yang tolong (Thanks to Dya lagi sebab kasi pinjam kereta untuk jump, Zaidi-pinjamkan jumper, Zul and Nizam - tolong jump-kan buat kali kedua sebab aku matikan enjin.uhuhu..). Lepas tu terus Nizam temankan beli bateri baru dekat area Sentul. Masa tu jiwa aku dah kacau sangat. Dah lewat petang kan. Risau kedai tutup. Kalau balik terus rumah, takut Mr. Black buat hal tengah jalan pulak. Dah lah jalan KL - Selayang tu jammed ya amat. Tambah risau, handphone tak boleh on langsung. Takut nanti tak dapat call dari "dia" yang kat atas tadi tu (tu sebenarnya..uhu..)

Dah selamat semuanya memang aku pecut sungguh-sungguh la balik rumah charge handphone and aku dapat "hadiah"...;)

Monday, May 23, 2011

Entry Nak Cepat

Hye kawan-kawan (mood sengal..ahaha..) Actually banyak yang aku nak post dalam blog ni. Tapi selalu ada halangan..(ayat nak lebih..uhu..) Memang agak sibuk sekarang. Sibuk dengan kerja, keluarga (aiceh..), masa depan dan yang paling best sibuk dengan berjimba (hoh..semua pon duniawi. Tak seimbang langsung). Aku cuba usahakan. InsyaAllah.


Yang terkini aku baru selesai habiskan percutian separuh tahun yang pertama (dah macam perlawanan bola ada separuh masa). Bercuti ke Jakarta. Plan dan beli air-ticket dari tahun lepas (2010). Percutian selama 4 hari bersama kawan-kawan (kalau panjang umur, murah rezeki, insyaAllah ade entry pasal Jakarta..ehe..). Balik dari Jakarta, terus ke Kota Bharu sebab ada Bengkel SKT (SKT baru nak setup dah bulan Mei??). Naik bas jabatan ok. Hoh..bayangkan perjalanan yang makan masa selama 9-10 jam.. Kematu montot!! 4 hari jugak kat Kota Bharu tuh. Ala..Bengkel yang tak berapa nak bengkel la. Bukan sebab shopping semata. Sebabnya Bengkel SKT tu diselitkan dengan preparation untuk RMK10. Buat RMK10 memang jiwa tak tenang. Sepatutnya balik dari Kota Bharu, perjalanan bersambung pulak ke Ampang untuk Bengkel RMK10 (oh..dekat??memang. tapi mak tak larat nyah...). Masa tengah-tengah seronok shopping dekat Pasar Siti Khadijah, dapat pulak perkhabaran bengkel kat Ampang tu ditunda hingga Jun depan. Wah, seronok sungguh. Maka aktiviti shopping berjalan semakin lancar la. Acara tawar-menawar kain-kain batik giat dijalankan. Hati dah senang kan.

Masuk office minggu ni, segala macam tak kena. Macam la lama sangat tak masuk office kan. Tapi serius, kerja sangat meninggi atas meja. Disaster. Dengan meeting yang tiba-tiba sampai tak sempat nak prepare apa-apa yang patut termasuk tiba-tiba kena buat presentation dalam meeting pulak. Nasib Timbalan Pengarah Bahagian yang jadi pengerusi. Bukannya apa, sebab tak bersedia dari segi mental dan fizikal kan. Harus la cuak segala. Memang aku skip segala slide yang ada nak bagi cepat abeh.ahahaha..

Side lain, Alhamdulillah. Perjalanan hidup masih dalam kategori yang sangat bertenang (Moga ketenangan ini milik aku selamanya. Amin). Dan yang paling membahagiakan hidup sekarang ialah "dia" masih "dia". Tu aku bersyukur sangat. Bila "dia" masih kenal/ingat kat aku, memang mak tersentuh beb (bergenang air mata mak).So suweeettt~


Untuk yang lelain, aku sangat suka holiday.. Sila bawak aku pergi bercuti ok..(tiba-tiba..)

Friday, April 29, 2011

Terpaksa Bersebab

Antara sebab-sebab tertentu yang tak mungkin aku akan bagitau korang (ehehe...), aku terpaksa menghapuskan beberapa entry yang lepas-lepas.. Harap maklum.. Maaf atas sebarang kesulitan.. ;)

Monday, April 25, 2011

ANDAI LELAKI TAHU...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.


"pinjam dari Ryna Rahman..banyak maksudnya article nih. Harapan aku 1 je.Paham. Bukan sekadar paham dengan mulut je "

Thursday, March 10, 2011

10 Tanda Dia Jodoh Kita

Dengan keadaan aku sekarang, aku nak share dengan semua orang. Setuju atau tidak, korang semua nilai sendiri. Cuma nak berkongsi sahaja.. Jom layanzz~



1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.."