Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Wednesday, September 29, 2010

imma stalker

Like!!Like!!Like!!

Apekah??ehehehe..Macam biasa. Thru facebook aku akan jadi stalker. Siapa orangnya??Ade la seorang kenalan masa aku praktical dengan sebuah company contractor dulu. Sampaikan aku keje balik kat company yang sama lepas abis belajar kiterang masih berkawan. Bezanya cuma masa kerja permenant kat company tu, kiterang dah tak close macam masa aku praktical.

Apenya tak close, aku lalu depan dia, dia buat tak tau aje. Padahal satu company. Walaupun kiterang jaga projek lain-lain, tapi projek kiterang dekat-dekat la jugak. Aku jaga projek dekat Kulim, dia pulak jaga projek dekat Bukit Minyak. Mean kiterang kene selalu berurusan lah. Kadang-kadang aku akan direct deal dengan dia. Tapi bila perasan perangai dia macam pelik-pelik nak tak nak bercakap dengan aku, aku suruh orang lain aje yang deal dengan dia.

Ade orang yang perasan kejadian kiterang tu.Aku diamkan aje lah. Tiba-tiba aku dengar dia bagitau kat orang yang aku pernah menangis sebab dia..eeeeuuuuwwww....Please la..tak mungkin berlaku ok. Untuk engkau?????OMG..Lepas cerita tu, terus aku buat tak tau dekat dia. Semua hal kerja aku suruh orang deal dengan dia. Memang aku tak mau langsung deal dengan dia. Biarlah orang nak kata apa. Kira aku berdendam dengan dia la ni. Suka-suka nak burukkan nama baik aku..ehehehehe..

Sekarang dia dah kahwin. Aku tau pun dari facebook la. Sampai hati tak jemput..ahaha...Thats why la aku kata "imma stalker"..wink..wink..wink.. Aku doakan yang baik-baik aje la untuk dia dan keluarga.

Monday, September 27, 2010

Mode: Raya

Macam biasa la.. Selagi raya 30 hari ni tak abeh, misi menyerang rumah orang dan diserang orang untuk aktiviti "open house" dilancarkan. Setakat yang termampu beberapa rumah aje aku dapat datang. Thanks to mereka-mereka yang jemput aku datang ber-rumah terbuka. Untuk mereka-mereka yang aku tak dapat datang, maafkan daku ye.

Tahun ni aku tak ada buat "open house" nih. Sebab rumah aku dah memang open untuk kalian datang beraya..weee...Jemput datang aje. Kalau nak datang inform dulu. Boleh aku prepare apa-apa yang patut. Tapi kalau tak inform aka datang terjah aja, jangan salahkan aku kalau korang kena makan kueh raya aje nanti..hehehe..

Sunday, September 19, 2010

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah aku masih ada peluang untuk sambut Aidilfitri dengan keluarga tercinta. Masih lagi berkesempatan nak makan ketupat, lemang, rending dan kuih2 raya favourite aku.. Best2..
Dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia (uuhhh...bajet satu dunia baca blog ko kan..eheh..) Termasuk kawan-kawan tersayang dan keluarga yang dikasihi.. (ayat nak gedix..uhu..)

Tahun ni macam biasa.. Aku beraya kat kampung di Selama, Perak.. Rumah Tok Wan dan Tok sebelah Puan Emak. Special-nya raya tahun ni adalah raya pertama untuk Si Kecil Amni.. Hoo-yea!!! Seronok sangat kot dia.. Sebabnya orang ramai dan dia dapat banyak duet raya.. Dia kenal duet ok..



Si kecil Amni!!


Ok-la..jom sambung raya lagi.. Selamat Berhari Raya!!! Maaf zahir batin atas semua kesilapan aku..

Berbuka Puasa Bersama ARBLO - Part 2

Ade la pulak part 2 nye kan.. Hari tu berbuka secara pot-luck. Kali ni berbuka di luar pulak.. And kali ni jugak Adam join. Yeah!! (Tiba-tiba..ehe..) Kami berbuka dekat Restoran Rumpun Selera, Bandar Baru Selayang. Buffet masakan melayu. Murah aje RM 16 per pax.. Tapi tak ada gambar masa berbuka kat sini. Semua pon pulun makan sebab semua sampai lewat.

Lepas berbuka, pum-pang-pum-pang kami decide main bowling kat Selayang Mall. Tiba-tiba kan. Kebetulan pulak semua nak join main. Memang happening la kan. Jom layan gambar.

Ayang & Niena

Players

Baby Qalesya with her dad

Aunty Ayang & Qalesya

2 makhluk sengal..ahaha..

Us~~ photo by Didie

ARBLO

Iftar with JPS-ian Batch 2008/2009

Ini kali pertama aku join berbuka puasa dengan JPS-ian walaupun event ini yang kedua kali dibuat. Tahun lepas tak berkesempatan nak join. Event ini diadakan di Ketam Village Steamboat, Ikano..10 orang aje yang dapat join. Tak apa. Next year hope lagi ramai yang dapat join.

Photo by Daniel

Berbuka Puasa Bersama ARBLO – Part 1

Ramadhan tahun ni tetap ada program berbuka puasa dengan ARBLO.. Dah jadi acara wajib since tahun lepas p0n kiterang ada event macam ni.



Tahun ni kiterang start event ni dengan buat port-luck kat rumah Ady-Ninie-Qalesya.. Ramadhan pertama untuk Qalesya..


Nur Qaseh Qalesya

Kami buat weekday. Sebabnya weekend masing-masing ada hal. Aku p0n amik cuti sebab nak shopping raya konon-nya.. Tak mau aku bersesak kalu shopping weekend.. Port-luck pon bukan ada siapa-siapa masak. Semua p0n keje kan. So, beli aje. Tapi mak Ninie da prepare macam-macam menu untuk kiterang. Ada ayam masak merah, masak lemak nanas ikan masin and banyak lagi la. Korang layan gambar ye.


Macam-macam ada

Alhamdulillah, event kali ni meriah dengan adanya semua kaki-kecoh-majlis..ahaha.. ada Didie & Azrin, Ninie & Ady & Qalesya (tuan rumah), Niena, Ayang and aku. Kami sampai lewat jugak la. Dekat pukul 6. Hidang-hidang makanan, sementara nak tunggu waktu berbuka, acara meng-kecohkan majlis bermula. Bukak la macam-macam cerita. Memang happening. Kiterang ni bukanlah jarang jumpa p0n, tapi bila berjumpa ramai-ramai, memang macam-macam cerita yang keluar..huhuhuhu...

Lepas berbuka, dah siap solat maghrib semua, sambung lagi ber-kecoh. Sempena besday Didie yang tak sempat nak celebrate sebelum ni atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan, kiterang qada'-kan dalam event malam tu. Terkujat gak la Didie. Lame dah kot baru nak celebrate. Mana nak expect kan.. Dah terlalu lambat sekalipun, kiterang tetap celebrate kalau ada kesempatan.

Happy Belated Birthday Didie!!


Bufday Gurl

Plus dengan moreh. Mana-mana kuih muih yang ada, desert & kuih raya yang ayang buat sendiri semua kami bedal. Memang kenyang sangat woooo... Malam tu balik tidur dengan kekenyangan.. =)

Them~~~

Love ARBLO forever

The Coffee Maker

Moreh menu

We are We

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin daripada kami semua!