Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Sunday, May 30, 2010

nur amni insyirah


Ok.. tak pernah cerita pasal ini budak kecik. So, sekarang jom mulakan pengembaraan bersama si kecik amni..

Hari ni hari ahad kan. Biasanya setiap weekend amni mesti tidur kat sini (rumah ayah tok =my encik ayah and mak tok=my puan emak) ups..ups..lupa nak bagitau.. Si budak kecik Nur Amni Insyirah ni anak kakak aku. Maka jadinya beliau adalah anak saudara aku yang pertama..weeeee...

Ok..ok..sambung balik kejadian si kecik amni tidur kat sini. Macam biasa la kan. Setiap kali dia tidur kat sini, semua orang pun akan dikerah untuk tidur bersama. Siapa kerah?? Mak tok la. Kenapa?? Sebabnya bila si kecik amni berjaga tengah malam nangis-nangis nak susu or lampin basah, akan ada orang yang kena uruskan.. ahahaha... Si kecik amni sudah 6 bulan. Bermaksud sudah 6 bulan lah jugak aku terbiasa dengan kejadian dia berjaga tengah malam. Kira ciri-ciri ibu tengah malam dah ada kat aku la nih...wink..wink..wink..

Tapi kejadian yang aku nak cerita ni bukan pasal dia berjaga tengah malam. Tapi kejadiaan si kecik amni dikala orang sibuk nak berjoging pagi tadi.

Memang aku mengaku la bukan aku yang nak berjoging tu. Sebab pagi tadi adalah pagi malas untuk aku. Kira bantal dan tilam adalah terbaik untuk aku pagi tadi (eh..bukan setiap pagi pun macam tu ke??ehehe....) Pagi tadi ayah tok, mak tok, mami tah dengan pakcik si kecik amni ni lah yang nak pergi berjoging. Tapi disebabkan kecerdikan si kecik amni sekarang ni dah pandai nak ikut-ikut orang nak pergi mana-mana, maka riuh la pagi tadi dengan tangisan-jeritan si kecik amni ni. Hoh..gegak gempita woo..Kurang selesa di situ waktu tidur-ku.. Bila dukung, dia stop nangeh-gelak suka-suka (konon perasaan orang nak bawak dia jugak) Bila letak aje balik atas tilam, dia mula nangis balik (perasaan si kecik amni telah dipermainkan)

Oleh kerana keriuhan pagi tadi telah mengganggu-gugat tidur-ku yang indah permai, maka dengan tiba-tiba aku mem-bangun-kan diri lantas mencapai si kecik amni terus meluru keluar rumah. Mesti korang pelik-kata aku ngigau kn?? Aku bawak si kecik amni terus masuk kereta di mana ayah tok telah lama menanti golongan yang mahu berjoging itu..

Mak aiii.. punya la suka-berseriseri-gelaktawa si kecik amni sebab dapat ikut. Oh..aku telah korbankan tidur pagi-ku!!! Ini bermakna aku kena melayan kerenah si kecik amni sementara golongan joging itu melaksanakan tugas mereka.

Ini wajah baru si kecik amni on 6 months..

Tahniah EkYanie


Last week bersamaan 22 May 2010 aku attended kenduri kahwin Ek dengan Yanie di Sg. Buloh. Tahniah weh kawan-kawan-ku.. Alhamdulillah selamat jugak korang bersama akhirnya. Semoga korang bahagia selamanya..

Aku bersama pengantin perempuan, Yanie

TAK-KU SANGKA


Kronologi kejadian 29 May 2010:

8:21 am
Ninie: Ko kua g mana2 ke ari ni?

11:43 am
Ninie: Ko free bila ari ni, ptg? mlm? aku nk jumpa ko, ada hal skit

11:55 am
Ninie: Ada hal sikit, nk minta tolong..tp kn jumpa ko, bincg2

12:01 pm
Ninie: Ok! yg pntg aku nk jumpa ko sbb mmg nk minta tlg ko sblm aku brsalin. mlm pn blh..dlm kul8 ke.just nk jumpa n bincg2 ngn ko.huhuhuhu..mcm gempak aje kn.xape pn.

(mmg agk gempak..)

1:14 pm
Ninie: Ok! mcm 2  mlm r kul8 blh?kite g lepak kt area2 umah aku je r

Agak2 ptg aku sms Ninie lagi. Tanya kot-kot aku boleh bertemankan Niena. Tapi jawabnya:

4:42 pm
Ninie: Aku dh ajak dh, tp dia kata ada hal, nth dia g mana tah

Tapi aku try jugak sms Niena nak ajak sendiri. Mana-lah tahu nasib aku try dia nak ikut pulak. Tapi...:

4:47 pm
Niena: Kul brape?aku kt lua.xpe la

4:49 pm
Niena: Tgk la klau smpat. aku kuar ni tgk wyg

Nak drama-kan lagi cerita ini, pukul 8 malam aku pun bergerak-lah pergi rumah Ninie walaupun hujan agak lebat. Aku cuba-cuba jugak-lah fikir apa-ke-hal-nya Ninie nak jumpa aku sangat-sangat nih. Tapi seyes tak ada idea langsung. (oh..oh..lam-pi sungguh kamu..uhu..)

Dah sampai bawah rumah dia (rumah Ninie adalah apartmen 5 tingkat ye..), aku call la kata dah sampai. Perbualan kiterang...:

8:25 pm
Aku: Nie, aku dah sampai bawah nih. Hujan lebat nih.
Ninie: Ko ade payung tak? Naik atas jap amek barang.
Aku: La..amek brg pulak. Ko sorg ke?
Ninie: Aah..Ady tak de.pegi PD ngn dak2 kete..Dia tumpang kete kwn2 dia.
(Ady ialah suami Ninie. Dia join club kereta Saga BLM, PROSBOC)
Aku: Ok2.aku naik skrg.
Dengan meredah hujan yang agak lebat, aku pun terkedek-kedek lari menghala ke rumah Ninie. Satu-satu anak tangga aku daki (aiceh...) Mengah weh..ehe..

Sampai depan pintu, aku ketuk.. Ada-lah dalam 2 kali ketuk..Lambat pulak Ninie nih nak bukak..uhu..Bila pintu bukak je..wah...kenapa gelap??Ninie berani kot duduk sorang-sorang dalam gelap (Hanya bertemankan cahaya lilin) Aku dah mula pelik (Ada candler-light dinner ke??) Kalut-kalut tanya kenapa gelap semua-semua nih? Elektrik tak ada ke? Lepas tu aku nampak macam ada bayang-bayang dari dalam rumah Ninie (Jeng..jeng..jeng..cuak-cuak..tapi muka Ninie tenang..pelik-pelik lagi..)

Ok..masuk time..oh..oh..oh..




Rupa-rupanya diorang buat surprise party untuk aku!!!!Memang surprise weh..aduh..aduh..aduh.. Kena-lah-kan dengan tajuk entry aku, sungguh TAK-KU SANGKA..


Thank you so much my dear friends.. Dengan muka tak siap-nya aku. Malu meh..ehe..Siap korang prepare video-klip-terhangat.ahaks..


Saksikan kaki-kaki komplot ini:

Ibu mengand0ng dan suami yang turut berkomplot


Dan mereka ini...oouuhhh...

p/s:thanks sangat weh..ter-touching lk~~~~




Thursday, May 27, 2010

* thru my window.. *

uh..tingkap la sangat kn..ahaha..tetingkap telef0n kepit aku ni ha..saje suke-suke nak upl0ad gune telef0n.kebetulan aku keseorangan menunggu hidangan makan malam di kedai berhampiran rumah aku ni.bungkus aje..aku dengan mak baru balik dari usha-usha sofa dekat kedai perabot belakang pasar borong selayang.usha da dekat sebulan.belinya aku tak tau la bile..sekarang mak tengah tunggu dalam kereta.tengah berangan la tu.k0n0nnya da ada sofa berkenan.tapi apa-apa hal p0n kena dapatkan approval encik ayah dulu..

Wednesday, May 26, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN!!!

Alhamdulillah..syukur pada Illahi diberi kesempatan untuk aku merasai usia sekarang. Moga aku terus tabah menghadapi kehidupan dan peroleh segala yang terbaik. Amin..amin...


Terima kasih sangat-sangat kepada yang wish, yang doakan aku. Sangat-sangat terharu ok. Tapi aku control aje depan korang semua.ehehe...malu r weh..


Untuk Jenie, Dya and Azah thanks ya for the cuppies..










p/s:pictures adalah di-cilok dari album mukabuku azah..ehehe...

Tuesday, May 25, 2010

INDUKSI UMUM


Alhamdulillah...aku dah lulus Induksi Umum. Yeah!!!! Ingat lagi tak aku pernah cerita pasal kursus yang aku attend selama 2 minggu? Ha..kursus induksi umum ni lah. Kalau tak ingat, boleh baca kat entry ini.

Syukur sangat tau. Aku memang sangat debar tunggu result induksi ni keluar. Mau tak debar. Ada pulak desas desus kata ada calon yang gagal. Woh...sangat cuak ok. Tadi masa call En. Shahrizan di NRE pon aku masih lagi berdebar. Cakap pon dah tunggang langgang..ehehe...

Bila dia bagitau aje aku lulus...mak aiii...rasa macam nak menjerit aje dalam phone..ehehe...

Tahniah jugak untuk kawan-kawan yang lain. Yang gagal (walaupun aku tak tau siapa), jangan kecewa dan putus asa ye. Cuba lagi..


Friday, May 21, 2010

J.O.D.O.H

Kurang seminggu aje lagi ulangtahun kelahiran aku yang ke-25 tahun.. Wah.. Banyaknya number..ahaha...


Mesti anda semua dah tau ape relate tajuk entry ni dengan content yang aku cuba sampaikan..ehehe.. Sebenarnya aku pikir gak ape yang korang semua pikir. Terutamanya ape yang parents aku pikir. Tapi aku sekadar pikir la. Apa yang aku boleh buat p0n?? Tapi aku pikir semua ni bukan sebab umur aku yang dah 25 tahun ni. Aku tak rasa umur 25 tahun ni dah tua. Sebab aku masih lagi muda ceria.ahahah.. Cuma aku pikir bila situasi tu nak sampai. (ehehe..gatai noo..)


Fobia???adalah jugak.Agak serik dengan perangai lelaki. Aku bukan nak kata lelaki jahat then perempuan adalah baik bagai. Tapi aku agak serik bila terkenangkan lelaki-lelaki yang pernah datang dalam hidup aku. (Lelaki-lelaki???ramaikah??uhu..) Tapi hidup mesti diteruskan.


Perbualan topik ini pernah dilakukan secara serius antara aku dengan BFF Niena & BFF Ninie. Mereka adalah yang terbaik bagi aku sokongan. Sayanglah korang!!!;)


Cuma baru-baru ni, perbualan antara aku dengan puan mak pasal topik-topik macam ni adalah sangat kerap. Adakah puan mak betul-betul sangat risau?? hm... Ibu mana tak risau kan. Haruslah dia pikir.

Puan mak: Mak rasa dengan ko p0n ada cabaran.

Anak_best: Aik, cabaran ape lak??

Puan mak: Cabaran nak carikan suami untuk ko la.

Anak_best: gulp~~~

Puan mak: Mak rasa siapa je datang minang, mak terima aje lah..


(Perbualan telah di-senarai-pendek-kan..)

Tapi aku tak pernah melatah dengan setiap soalan-soalan yang puan mak kemukakan. Bukan la kata aku berlagak-hebat dalam menepis soalan-soalan maut sebegitu walaupun aku memang best.ehehe.. Tapi aku rasa aku bersedia dengan segala kemungkinan. Aku tak ada masalah dengan bakal-suami yang mak dan ayah carikan untuk aku. Tapi apa-apa hal p0n aku kena berkawan la dulu kan. Mesti kena pilih-pilih lagi. Best sangat ke aku nak pilih-pilih ni??? Tak ada-lah macam tu. Aku cuma rasa aku masih layak untuk memilih. Demi yang terbaik. So aku doakan moga diberikan yang TERBAIK. amin...

ISMP

ISMP = Intergrated Shoreline Management Plan..

Last entry aku ade cerite pasal ISMP ni. Aku kene attend seminar ISMP kat Paradise Sandy Beach Resort, Malaysia.





Disebabkan aku pergi seminar dekat Penang, jadi maka-nya ISMP tersebut adalah untuk pantai-pantai sekitar negeri Pulau Pinang. Tujuan utama ISMP di Penang untuk:

  • mengurangkan risiko hakisan pantai dan banjir di sekitar pantai kepada orang awam dan harta benda sepanjang pantai-pantai yang terlibat.

  • membantu dalam memahami persekitaran pantai

  • membantu dalam merancang penggunaan kawasan sekitar pantai

  • membantu Kerajaan Negeri dan lain-lain Jabatan/Agensi dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan projek pembangunan pantai

  • memajukan dan meningkatkan kualiti pelancongan

Seminar tu start pukul 9 am hingga 4 pm. Lama tak? Sila bayangkan keadaan aku dalam dewan seminar tu. dengan air-cond yang nyaman..haih-la...mata pon kuyu..ahaks..


Ni lah aktiviti aku masa dengar seminar tu.. Membuat kaligrafi. Konon-nya sangat cantek..ahaha..

Tapi belum pon sempat seminar tersebut tamat, sijil penyertaan sudah pon diedarkan. So, kalau nak cabot dari mendengar seminar itu, boleh la berbuat demikian. Tapi disebabkan aku adalah pekerja yang cemerlang (oh..amin..doa-doakan la..) aku bertahan mendengar seminar sehingga ke penamat..wow..sangat tabah..ehe..




Tuesday, May 18, 2010

R.I.N.D.U

Rindu nk ber-blog..ohhh...rindukah???sama blog or apekah???uhu.....

Lately,(aiceh...)agak-la sibuk-nya...dengan kerja-kerja di office.sangatlah banyak..bile la mao abih...(kalu tetibe aku kate kerja-kerja aku da abeh mean aku dah diberhentikan kerja...ok..ahaha..)2010 tahun last untuk RMK-9..so banyak agenda yang perlu diselesaikan sebelum masuk ke fasa RMK-10 bermula tahun 2011 hingga tahun 2015.Projek-projek RMK-9 kena tamat tahun ni jugak.Semoga aku berjaya tamatkan projek-projek di bawah seliaan aku dengan baik..yeah!!Dalam masa yang sama aku kene bersedia/pulun nak hadapi RMK-10..ouh..yang ni mmg sangat banyak kerja-nya..Sebelum nak masuk RMK-10, aku kene pastikan betul-betul projek-projek yang telah ditetapkan untuk bermula tahun 2011 telah bersedia sepenuhnya.

Dah-lah kerja-kerja office banyak.Pulak tu banyak la jugak kursus/seminar yang aku nak kene attend..semalam aku ber-seminar ISMP (Intergrated Shoreline Management Plan) di Tanjung Bungah, Penang..Seminar 1 hari agak penat sebenarnya walaupun aku travel by flight.Ma-0 tak penat.Ber-kejar-kejar nak ke airport..ehe..Tapi termasuk gak la dengan ber-penat men-dengar seminar..Aku bermasalah pendengaran sikit.ehehehe...Aku kurang dengar orang bercakap kalau aku tak dapat tengok gerak bibir dia..Tapi tak-lah pulak aku terer nak baca gerakan bibir orang..Jadi, dalam seminar ISMP tu, kedudukan aku bukan-lah di belakang sekali. Agak-agak di tengah-tengah jugak la.Tapi bule consider aku tak berapa nampak dengan jelas muka penceramah.Ini jugak bukan menunjukkan aku ni rabun.Penglihatan aku sangat ok tau..oh..oh..Alhamdulillah..Sound system agak bagus lah.Tapi sebab masalah aku tuh, boleh agak berapa aje input aku untuk seminar ISMP..ok..ok...harus study balik berkaitan ISMP ni.Sesuatu yang agak menarik walaupun kerja aku sekarang tak terlibat secara langsung dengan aktiviti pantai dan laut.Tapi topik pengurusan pantai bersepadu ni bagus untuk semua di muka bumi ini..

Perkara-perkara lain yang buat aku agak lama tak update blog adalah....signal celcom broadband encik ayah kurang memuaskan kekadang.lagipun, kat rumah adik-adik selalu aje nk surf internet..so aku beralah ajelah kan..kate kakak yang best..ahaha..lagi 1 yang agak sengal, keadaan laptop aku sekarang ni buat aku sakit hati je.nasib la aku ade laptop kan..ehehe..laptop ni dari masa aku belajar di UITM Penang lg..tahun 2005..hoh..sekarang sudah 5tahun???lama-lama..tapi still boleh guna la..just kekadang kurang membantu aku. Tadi masa aku mula-mula nak bersemangat nk ber-blog,my-lappy cuba bikin onar..tetapi dengan kesabaran yang tinggi, sekarang aku dapat meng-update my only blog..

Mungkin agak bosan entry kali ni sebab tak ade gambar.Tapi ape salah-nya sekali-sekala layan ayat je..ehe....Next time aku akan berusaha dengan lebih gigih lagi ye..

Thursday, May 6, 2010

blogshop wanie & nina

pakat mai ramai-ramai..jangan malu. jangan segan.rapat-rapat..sila click


wanie (kawan aku dari UITM Penang sampai sekarang tau) dan kakak dia, nina mula menceburkan diri dalam dunia bisnes melalui blog ni. baca address kat atas tuh, sure dah tau ape yang dia jual kan.ya betul!mereka jual cupcakes yang comel dan sedap. sekarang kan musim makan kek cawan pulak.kek cawan ni nina buat sendiri tau.fuhh...kira wanie ni macam manager la.  (eh..ye ke?ke nina?ahaha..) so kalau kalian berminat dengan kek cawan ini tapi tak tau nak beli kat mana, atau kalian rasa kek cawan yang wanie dan nina jual ni macam sangat cantik-comel-sedap, kalian boleh terus membuat tempahan seperti arahan dalam blog mereka tu..adalah lebih baik jika kalian dapat promote pada kawan-kawan, sedara, ahli keluarga dan orang-orang sekeliling kalian..

buat masa sekarang kawasan jajahan irinacupcakes ni maseh lagi di sekitar Butterworth.mungkin terkeluar sikit la dari kawasan jajahan.apa-apa maklumat kalian boleh dapatkan melalui blog mereka.


wah...sangat promote nih.wanie...sila bagi komisen..ahaha...


wanie

BERCINTA

entry ni tak ada kaitan dengan tajuk lagu faizal tahir - BENCINTA tuh..



ni pasal adik bongsu aku aka anak lelaki tunggal dalam family aku (melainkan menantu sulung mak ayah ok). baru-baru ni kami (aku dengan zati - adikku yang ke-2) mengesyaki wujudnya unsur-unsur jiwang karat-berangan-cintan cintun-bungabunga dalam diri adik lelaki aku tuh.hoh...apekah??!!baru umur 15 tahun sudah pandai nak bercinta-cintaan-kah??ok2..aku dulu pon ada jugak macam tu.tapi cepat bertindak untuk singkirkan-nya.sebabnya mak ayah aku dulu tak bagi anak-anak mereka bercinta masa sekolah sebab takut melalaikan.so aku pon berjaya diselamatkan.alhamdulillah..ehe..



tapi tak pulak aku kata tak boleh nak bercinta masa sekolah.untuk kamu-kamu di luar sana, terpulang lah nak anggap macam mana.tapi untuk adik kesayangan aku itu, aku harap sangat dia tak bercinta sekarang. sebagai kakak yang best (best ke kau??ahaha..) aku kenal adik aku sebaiknya.aku nak guide dia.aku tak nak dia sesat-jauh melencong-ke laut.aku tak halang dia berkawan.sila lah berkawan.tapi aku rasa aku patut untuk memantau dengan siapa dia berkawan.aku tak nak dia menyesal suatu hari nanti sebab tersalah pilih kawan.tak salah rasanya kalau aku ingatkan dia sekarang.ok adik sila bersyukur dapat kakak sebaik aku ni.uhu..


adik  bongsu aku~~~


semalam ayah bagi la ceramah bertajuk "sayangi anak anda" pada adik. wah..sangat bagus tau..antara isi ceramah itu, "masa belajar, kita belajar betul-betul.target aim kita.belom masa nak berangan-berangan ke, nak bercinta-cinta masa sekolah ni.cuba tengok angah, dah kerja pon tak bercinta lagi".


pekkkkk!!!!...hambek kau.kena setepek kat aku.kenapa aku??ok2...aku bukan tak nak bercinta,tapi tak ada orang yang aku nak cinta-kan..tettttt...*boleh macam tu alasannya??ehe...

Tuesday, May 4, 2010

BFF in white - 1

Theme:BFF in White
Date:2nd May 2010
Time:8 am
Venue:Metropolitan Park, Kepong, KL
Photographer:Afiq Hazwan

*ini gambar original.belum edit.kira suci macam theme-nya jugak la.

moh layan gambar sekitar BFF photoshoot.

Ninie dan Ady

Niena

~ us ~

Niena & Ayang


Niena & Ayang
*again


*tunggu gambar-gambar lain akan datang.

Monday, May 3, 2010

AL - FATIHAH

Semoga roh mak tok (nenek CAT) dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..amin..Arwah meninggal jam 430 am 4 April 2010.

Sedih tapi lebih kepada sangat terkilan. Aku pernah jumpa arwah sekali je di kampung Cat, Gong Kapas, Kuala Terengganu. Sempena lawatan aku ke sana. Masa tu la aku kenal ahli keluarga Cat kecuali kakak sulung dengan kakak kedua dia. Walaupun pertemuan tu sangat sekejap, tapi aku ingat sampai sekarang. Aku ingat masa pertama kali aku cium tangan arwah (Buat aku teringat pada arwah nenek kesayangan). Aku ingat masa kami sarapan nasi lemak yang mak Cat masak..Aku ingat kami tengok tv sama-sama pada pagi tu. Arwah mak tok tanya aku macam-macam.

Selepas pertemuan tu,aku tak pernah lagi jumpa mak tok. aku cuma boleh sampaikan salam dari kejauhan aje.boleh tahu pasal mak tok dari Cat. Tapi selepas beberapa perkara yang jadi antara aku dengan Cat, segalanya terputus terus.Aku dah tak dapat apa-apa khabar pasal mak tok lagi. Sehinggakan khabar yang terakhir aku terima, mak tok dah tak ade.

mak tok dah pergi~~~