Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Wednesday, July 20, 2011

Cuti Sakit

Minggu ni minggu ke-3 aku MC..ini bermakna dah 3 minggu aku tak sihat. Tapi Alhamdulillah semakin beransur pulih..

Tak ada banyak aktiviti yang dapat aku buat sepanjang aku MC ni. Selain dari makan dan tidur (ahahaha..aktiviti wajib..) adalah jugak melayan kehendak hati yang dah terlalu bosan duduk di rumah. Maka berjalan-jalan-lah aku ke IKEA dan SOGO (wah..shopping kau..). Awal-awal MC boleh lagi tengok tv. Tapi masuk minggu ke-2, jangankan kata tengok tv, nak surf internet pun tak dapat. Memang aku berkurung dalam bilik gelap pandang lantai sajalah. Azab woh.. Ditambah pulak dengan tak boleh tidur semalaman. Rasa nak jerit je. Tapi mengenangkan aku seorang yang berhemah, tak perlulah aku buat macam tu kan. Bayangkan sajalah apa yang aku buat bila tak dapat tidur. Memang aku berjalan-jalan dalam rumah, dari dapur ke ruang tamu masuk bilik adik aku, keluar balik, masuk bilik aku, keluar balik, duduk berteleku di meja makan dekat dapur. Semuanya dalam gelap. Azab juga rasanya.. Tapi sekarang bersyukur sangat kesihatan semakin baik. Moga terus baik. Amin.

Terima kasih pada yang mendoakan kebaikan aku. Moga Allah balas doa-doa kalian yang baik-baik.Amin..Terima kasih pada kawan-kawan yang ambik berat. Korang memang best lah. Termasuk seorang kawan ni. Sangatlah bersemangat monitor tahap kesihatan aku hari-hari. Pagi-pagi dah gegar-gegar aku dari tidur. Tanya pasal ubat, makan, oh..macam-macam lagi la. Sanggup pulak bawak aku jenjalan walaupun aku tak sehat.

Anda memang best la Mr. Suci Dalam Debu (SDD) sebab bawak makan meatball dekat IKEA, lepak dekat Hutan Lipur Kanching tengok monyet-monyet berkeliaran yang sangat ramai sehingga mendatangkan ketakutan (walaupun saya tahu awak akan melindungi saya..ehehe..), makan ayam kampung dekat Bandar Tun Razak (sehingga aku berjaya buat Mr.SDD makan nasi untuk lunch..*peace..*). Tapi paling-paling best Mr. SDD bawak aku pergi lunch dekat Temerloh semata-mata aku teringin nak makan Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin (seyes aku selalu ambik secubit aje masakan tu bila tiap kali makan sebab kononnya tak suka. Tapi Mr.SDD berjaya buat aku habiskan separuh bahagian ekor ikan patin. Kagum-kagum dengan diri sendiri). Gerak dari KL dalam pukul 1130am lepas aku medical check-up dekat Hospital Selayang, sampai Bandar Temerloh dalam 1250pm. Haruslah Mr. SDD yang memandu kalau dah laju segala. Cari tempat makan yang best bak kata Mr.SDD, terus melayan makan..Siap air basuh tangan dia angkatkan untuk aku. Melampau Mr. SDD ni melayan. Katenya orang sakit mengidam, kena layan baik-baik.. Cet…

Lepas makan ikan patin, Mr. SDD bawak pergi cari buah durian. Sekotak besar jugak-lah aku bawak balik KL. Mengancam bau dalam kereta sepanjang balik KL. Dalam masa 1 hari aku dapat makan Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin and makan buah durian sangat banyak. Tabah Mr. SDD melayan orang sakit ye. Thank you so much. Layanlah lagi walaupun saya tak sakit ye..ahahaha..

So, sekarang aku sedang menghabiskan baki MC untuk minggu ini dengan harapan minggu depan aku boleh masuk kerja dengan semangat teruja ya amat. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment