Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Wednesday, August 18, 2010

HALAL yang HARAM

Isu ni memang hot sekarang. Sebenarnya dari dulu lagi. Tapi orang kita kurang peka dengan isu ni. Semalam aku tengok Aduan Rakyat di TV3. Antara sedar atau tidak, kita sebenarnya terperangkap dalam propaganda oleh mereka yang mahu lihat kemusnahan ISLAM.

Tengokla semalam kat Aduan Rakyat, di beberapa restoran makan dan hotel-hotel di sekitar Lembah Klang. Berapa banyak yang telah menggunakan logo halal palsu termasuk sijil halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta yang sememangnya kesahihan sijil halal tersebut patut disangkal lagi. Padahal tahu, hanya JAKIM sahaja yang layak mengeluarkan sijil halal yang sah. Memang la kalau sesiapa pengusaha makanan/pengeluar produk kat Malaysia ni nak kan sijil halal perlu melalui beberapa prosedur. Mungkin mereka anggap prosedur-prosedur tersebut sangat leceh sehingga mereka memohon daripada syarikat swasta mana tah untuk keluarkan sijil halal tersebut. Siap ada yang sijil halal daripada JAKIM sudah tamat tarikh lupus. Sila renew la sijil tersebut. Pihak JAKIM ada hak untuk buat lawatan susulan untuk setiap permohonan yang baru. Dah jadi tanggungjawab mereka kan.

Pengusaha restoran yang bukan beragama ISLAM sanggup meletakkan logo dan sijil palsu tersebut bagi mengaburi mata pelanggan-pelanggan ISLAM yang naif. Mungkin mereka tak masak khinzir atau sediakan minuman keras di restoran mereka. Tapi kita tak pernah tahu sebenarnya pekerja-pekerja dapur aka chef yang tidak beragama ISLAM yang sediakan masakan untuk pelanggan ISLAM yang datang ke restoran/hotel mereka. Ouh..tertipu lagi..

Bukan setakat masak makanan, malah penyediaan makanan jugak tak bersih. Telur ayam tak cuci, ayam tak disembelih ikut cara betul ISLAM, serta bahan-bahan masak yang lain tak tau kesahihannya.. Da tu macam mane nih?? Benda-benda yang tak pasti tahap ke-halal-an nya jadi darah daging kita??


3 comments:

  1. bnyak benda dah kita xleh nk makan sekarang...kena masak gak lah jawabnya...hehheh

    ReplyDelete
  2. Arifah

    yup..masak sendiri lg pueh at + sedap2..*tp sy lg pueh at kalu mak yg masak..ahaha..

    ReplyDelete
  3. betul tu masak sendiri memang terjamin halalnya...tapi susah gak sbb sebab sekali sekala mngkn akan mkn gak kt luar... :(

    ReplyDelete