Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Saturday, July 10, 2010

Bersiaran Dari Cherating

Fuhh..percutian bersama keluarga di Cherating, Pahang Darul Makmur akhirnya terlaksana jugak..Sebenarnya bukanla percutian ni dirancang dengan begitu teliti pun..Maksud teliti kat sini plan lame dan secara terperinci mengenai tempat-tempat untuk dilawati.

Percutian ni dirancang secara kebetulan nak hantar adik kesayangan (wahai cik adik, sila terharu..) masuk untuk menyambung pengajian di UIAM Kuantan setelah cuti semester selama 3 bulan..Dalam tempoh cuti 3 bulan tu, beliau buat practikal kat Hospital Selayang. Bukan sebagai doktor ye. Tapi sebagai medical lab technician kat sana.

Disebabkan beliau manja nak kena hantar bagai, so encik ayah pun telah merancang percutian ini seminggu yang lepas. Cherating kan..tempat cuti-cuti. Hari minggu pulak. Makanya haruslah fully booked kebanyakan tempat-tempat penginapan kat sini. Dengan bersusah payah menghubungi tempat-tempat penginapan yang selesa untuk sekeluarga, akhirnya kami dapatla jugak sebuah apartmen yang terletak dekat Sungai Karang, Cherating. Namanya Sanctuary Resort. Apartmen 3 bilik. Cukup selesa untuk kami sekeluarga (termasuk family along).

Kami semua sampai kat resort ni pukul 220 petang setelah bertolak dari KL pukul 1020 pagi. So sekarang masa bermalas-malasan kat bilik sebelum aktiviti seterusnya pukul 4 petang..

Will be update...=)

p/s: Macam skema je cerita aku nih...

No comments:

Post a Comment