Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Saturday, April 10, 2010

T.I.P.U

Kenapa mesti nak tipu-tipu?susah sangat ke nak bagitau perkara yang sebenar?Pada aku walaupun pahit kebenaran-nya,better tau dari awal compare tau dengan cara bahawasanya adalah ditipu (err..paham tak ni??uu..).

Aku akui yang aku selalu kena tipu terutamanya pasal hubungan..hm..kenapa ye?hubungan yang cuba di-create-kan tu tak ikhlas ke?aku betul-betul tak paham.ade yang kate tipu sebab tak nak siapa-siapa terluka.tapi hakikatnya penipuan itu kalau sudah tahu kebenarannya pasti akan wujudkan kelukaan.kan?

pada aku kalau betul-betul nak kan sesuatu hubungan,sila berusaha.bila dah berjaya wujudkan hubungan itu, sila-lah pulak menjaga-nya dengan sebaik-baiknya.tambah lagi aku tak paham kenapa ade orang yang berstatus suami/isteri orang,tunangan orang mahupun hanya pasangan kekasih orang sanggup mempunyai hubungan lain (aka scandal..).kenapa mesti jadi macam ini?dulu kau beria bagai nak kawen/tunang.bila dah ade title tu semua,kau pulak bikin onar.penah tak kau terpikir andai suatu hari kau akan berada ditempat orang-orang yang kau lukai,pasti ketika itu sangat-sangat sakit.diulangi sangat sakit ok!

dan kau pulak yang menjadi orang ke-3,4 dan seterusnya.kau jugak harus paham perasaan orang (sila jangan pentingkan diri sendiri konon-nya kau tak bersalah tiba-tiba ade ayat "cinta itu buta").sesungguhnya kau ade otak untuk fikir secara kewarasan yang maksima.tak-kan kau nak bahagia atas penderitaan orang lain?kita tak-kan tau macam mana rupa jodoh kita.sampai bila-bila pon kita tak-kan tahu.tapi kau masih ada hak untuk memilih dan buat keputusan.sekarang semua-nya indah untuk kau.masa depan tiada siapa tahu.kita hanya merancang.

bahagia itu ada untuk kau.

No comments:

Post a Comment