Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Thursday, October 7, 2010

Jamuan Raya Bahagian Pengurusan Banjir, JPS

KUALA LUMPUR, 6 Okt. - Sebuah Jamuan Aidilfitri telah diadakan dengan sangat meriah dan gemilang bertempat di Bahagian Pengurusan Banjir (BPB) JPS Malaysia. Majlis tersebut telah dihadiri hampir kesemua warga kerja BPB yang komited terhadap sebarang majlis makan-makan yang dianjurkan. Jamuan tersebut dimulakan seawal jam 845 pagi dengan acara bersarapan secara beramai-ramai. Menu sarapan pada pagi tersebut adalah roti jala, soto dan nasi dagang (ditaja oleh En. Mad aka bos Dya).

Acara  bersarapan beramai-ramai disusuli dengan mesyuarat kakitangan yang dipengerusikan sendiri oleh Pengarah BPB kira-kira jam 915 pagi. Mesyuarat yang dimulakan dengan ucapan comel-comel oleh Pengarah BPB semakin menjadi panas dengan isu-isu yang dibangkitkan. Malah, semakin menjadi hangat apabila Jawatankuasa Tertinggi Kelab Kebajikan BPB dibubarkan serta-merta setelah menerima usul daripada seorang AJK kelab yang telah lama menabur bakti untuk Kelab Kebajikan BPB. Maka, pemilihan melantik Jawatakuasa yang baru telah diadakan. Dengan sebulat suara, seluruh warga BPB bersetuju melantik, Mr.Ooi (jiran aku) sebagai Setiausaha, Azah sebagai Penolong Setiausaha dan Mr. Kalai (masih berhutang dengan aku nasi daun pisang) sebagai Bendahari. Mesyuarat juga memberikan penghargaan kepada En. Junadi (bos Azah) yang akan melanjutkan pelajaran ke Holland beberapa hari lagi (we will miss u la Ap. No more gosip bout u).

Mesyuarat ditangguhkan kira-kira jam 1115 pagi. Dengan itu, acara kemuncak pada hari tersebut ialah Jamuan Aidilfitri BPB. Jamuan dimulakan dengan kata aluan daripada Pengarah BPB diikuti dengan bergambar beramai-ramai (acara kecoh kami-kami dan sporting by Pengarah).

 Y. Bhg. Dato' Pengarah (kanan - hensem kan) & En. MC
*pic by Dya Runana.

Menu yang disediakan pada jamuan tersebut sangat macam-macam dan meriah. Terima kasih kepada warga kerja BPB especially Kak Ida, Kak Lea, Kak Faz, Azah, Paeis dan Dya Runana  yang telah menceriakan majlis dengan aksi-aksi mereka.

 Ceria di Aidilfitri
*pic by Dya Runana

 Me with lampu kelip-kelip
*pic by Dya Runana

 Me with "bakal akak ipar"..huhuhu...
*pic by Dya Runana
 
 Mereka yang selalu menceriakan hidupku..*weee...
*pic by Dya Runana

Sisterhood~~
*pic by Dya Runana

Dilaporkan oleh: Me

No comments:

Post a Comment