ISMP = Intergrated Shoreline Management Plan..
Last entry aku ade cerite pasal ISMP ni. Aku kene attend seminar ISMP kat Paradise Sandy Beach Resort, Malaysia.
Disebabkan aku pergi seminar dekat Penang, jadi maka-nya ISMP tersebut adalah untuk pantai-pantai sekitar negeri Pulau Pinang. Tujuan utama ISMP di Penang untuk:
mengurangkan risiko hakisan pantai dan banjir di sekitar pantai kepada orang awam dan harta benda sepanjang pantai-pantai yang terlibat.
membantu dalam memahami persekitaran pantai
membantu dalam merancang penggunaan kawasan sekitar pantai
membantu Kerajaan Negeri dan lain-lain Jabatan/Agensi dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan projek pembangunan pantai
memajukan dan meningkatkan kualiti pelancongan
Seminar tu start pukul 9 am hingga 4 pm. Lama tak? Sila bayangkan keadaan aku dalam dewan seminar tu. dengan air-cond yang nyaman..haih-la...mata pon kuyu..ahaks..
Ni lah aktiviti aku masa dengar seminar tu.. Membuat kaligrafi. Konon-nya sangat cantek..ahaha..
Tapi belum pon sempat seminar tersebut tamat, sijil penyertaan sudah pon diedarkan. So, kalau nak cabot dari mendengar seminar itu, boleh la berbuat demikian. Tapi disebabkan aku adalah pekerja yang cemerlang (oh..amin..doa-doakan la..) aku bertahan mendengar seminar sehingga ke penamat..wow..sangat tabah..ehe..
No comments:
Post a Comment