Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Monday, May 3, 2010

AL - FATIHAH

Semoga roh mak tok (nenek CAT) dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..amin..Arwah meninggal jam 430 am 4 April 2010.

Sedih tapi lebih kepada sangat terkilan. Aku pernah jumpa arwah sekali je di kampung Cat, Gong Kapas, Kuala Terengganu. Sempena lawatan aku ke sana. Masa tu la aku kenal ahli keluarga Cat kecuali kakak sulung dengan kakak kedua dia. Walaupun pertemuan tu sangat sekejap, tapi aku ingat sampai sekarang. Aku ingat masa pertama kali aku cium tangan arwah (Buat aku teringat pada arwah nenek kesayangan). Aku ingat masa kami sarapan nasi lemak yang mak Cat masak..Aku ingat kami tengok tv sama-sama pada pagi tu. Arwah mak tok tanya aku macam-macam.

Selepas pertemuan tu,aku tak pernah lagi jumpa mak tok. aku cuma boleh sampaikan salam dari kejauhan aje.boleh tahu pasal mak tok dari Cat. Tapi selepas beberapa perkara yang jadi antara aku dengan Cat, segalanya terputus terus.Aku dah tak dapat apa-apa khabar pasal mak tok lagi. Sehinggakan khabar yang terakhir aku terima, mak tok dah tak ade.

mak tok dah pergi~~~

No comments:

Post a Comment