entry ni tak ada kaitan dengan tajuk lagu faizal tahir - BENCINTA tuh..
ni pasal adik bongsu aku aka anak lelaki tunggal dalam family aku (melainkan menantu sulung mak ayah ok). baru-baru ni kami (aku dengan zati - adikku yang ke-2) mengesyaki wujudnya unsur-unsur jiwang karat-berangan-cintan cintun-bungabunga dalam diri adik lelaki aku tuh.hoh...apekah??!!baru umur 15 tahun sudah pandai nak bercinta-cintaan-kah??ok2..aku dulu pon ada jugak macam tu.tapi cepat bertindak untuk singkirkan-nya.sebabnya mak ayah aku dulu tak bagi anak-anak mereka bercinta masa sekolah sebab takut melalaikan.so aku pon berjaya diselamatkan.alhamdulillah..ehe..
tapi tak pulak aku kata tak boleh nak bercinta masa sekolah.untuk kamu-kamu di luar sana, terpulang lah nak anggap macam mana.tapi untuk adik kesayangan aku itu, aku harap sangat dia tak bercinta sekarang. sebagai kakak yang best (best ke kau??ahaha..) aku kenal adik aku sebaiknya.aku nak guide dia.aku tak nak dia sesat-jauh melencong-ke laut.aku tak halang dia berkawan.sila lah berkawan.tapi aku rasa aku patut untuk memantau dengan siapa dia berkawan.aku tak nak dia menyesal suatu hari nanti sebab tersalah pilih kawan.tak salah rasanya kalau aku ingatkan dia sekarang.ok adik sila bersyukur dapat kakak sebaik aku ni.uhu..
adik bongsu aku~~~
semalam ayah bagi la ceramah bertajuk "sayangi anak anda" pada adik. wah..sangat bagus tau..antara isi ceramah itu, "masa belajar, kita belajar betul-betul.target aim kita.belom masa nak berangan-berangan ke, nak bercinta-cinta masa sekolah ni.cuba tengok angah, dah kerja pon tak bercinta lagi".
pekkkkk!!!!...hambek kau.kena setepek kat aku.kenapa aku??ok2...aku bukan tak nak bercinta,tapi tak ada orang yang aku nak cinta-kan..tettttt...*boleh macam tu alasannya??ehe...
No comments:
Post a Comment