Semenjak dua menjak ni (sebenarnya semenjak tu sama dengan berapa hari??ehehehe..) macam-macam kejadian berlaku pada aku. Bermula dengan kecederaan di tangan akibat terlalu semangat berlatih bowling sempena kejohanan MAKSAK JPS 2011 di Sunway Pyramid bulan lepas. Akibat daripada itu, aku tak dapat join latihan bola tampar untuk SUKAN NRE 2011 selama seminggu..Kecewa jugak.
Sekarang, aku betul-betul kena tarik diri dari bola tampar SUKAN NRE 2011 yang akan bermula 15 Julai 2011 di UPM, Serdang. Sebabnya masalah kesihatan. Dah seminggu aku bergelumang dengan sakit ini. Semalam ke klinik lagi (doktor dah macam body builder..ehehe..), doktor kata mungkin boleh berlarutan sehingga sebulan. Wah..lama sungguh asyik bangun makan tidur kat rumah. Moga-moga cepat sembuh walaupun aku tahu harapan untuk join bola tampar tu dah tipis.. Dan hari ini pulak, aku dirujuk ke Hospital Selayang. Dalam masa 1 minggu lagi aku perlu datang untuk rawatan susulan.
Aku redha dengan nasib hidup aku sekarang. Nak senang kena susah-susah dulu kan..Nak buat macam mana, dah tak ada jodoh..eh....ehehehe....tak ada rezeki nk main bola tampar. Tahun-tahun depan la pulak.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment