Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Wednesday, October 20, 2010

Mengantuk

Haih..Ape pulak la entry ni ye.Sampai-sampai office terus bukak c0mp then buat entry ni.Pepagi hari dah buat statement yang tak beri motivasi langsung..uuuu...

Seyes aku memang mengantuk sekarang ni. Memang la semalam tidur agak awal (terlelap while sms-ing), tapi tahap mengantuk pagi ni macam ape tah. Masa drive datang keje tadi p0n boleh ter-khayal kejap. Nasib la tak ada apa-apa yang buruk jadi. Alhamdulillah..

Semalam macam agak panas. Rasa rimas aje aku tidur. Tempat tidur dah berubah-rubah. Dari tidur dalam bilik aku sendiri, aku pergi tidur kat ruang tamu. Agak 15minit, aku bangun pulak tidur dalam bilik adik aku. Gaya tidur atas katil tak yah cakap la kan. Tunggu nak terjatuh katil aje (dah la katil adik aku tu tinggi). Memang berpusing-pusing atas katil tu. Panas kot. kejap-kejap aku terjaga. Rasa macam lama dah tidur. Tapi bila tengok jam awal je lagi. Adalah aku terjaga pukul 12++pm, 2++am, 4++am and last sekali bila alarm berbunyi pukul 545am. Tu memang aku snooze 10minit la.uhu..

Bangun tidur aje abeh sakit-sakit gigi aku. Kuat sangat ke aku ketap gigi semalam? Kuat la kot kan. Kalu tak tak adelah sakit. Tu habit aku bila tidur. Suka ketap gigi sambil keluarkan bunyi geseran gigi.. auww..memang sakit..Ada idea untuk elakkan ketap gigi??

Monday, October 18, 2010

~ Senyum ~

Marilah senyum bersama saya. Uh..Apekah? Gilakah kamu?ahahaha..Aku rasa biasa je sebenarnya hari ini. Tapi  tetiba ade lak orang tegur kenapa aku happy sangat, ceria tak tentu pasal, agak terurus diri hari ini (erk..sebelum-sebelum ni selebet sangatkah??) Semua p0n nak kaitkan dengan status fb aku pagi ni.


"g keje sesama...auwww...*getik.haha.."


ha..hambik..Memang pagi tadi happy sangat. Aura la kut kan. Kalau dah happy, semua p0n akan nampak cantik aje. Alhamdulillah..

p/s: Asek senyum dalam office walaupun kerja sangat banyak.. Haihlah~~~

Thursday, October 7, 2010

Jamuan Raya Bahagian Pengurusan Banjir, JPS

KUALA LUMPUR, 6 Okt. - Sebuah Jamuan Aidilfitri telah diadakan dengan sangat meriah dan gemilang bertempat di Bahagian Pengurusan Banjir (BPB) JPS Malaysia. Majlis tersebut telah dihadiri hampir kesemua warga kerja BPB yang komited terhadap sebarang majlis makan-makan yang dianjurkan. Jamuan tersebut dimulakan seawal jam 845 pagi dengan acara bersarapan secara beramai-ramai. Menu sarapan pada pagi tersebut adalah roti jala, soto dan nasi dagang (ditaja oleh En. Mad aka bos Dya).

Acara  bersarapan beramai-ramai disusuli dengan mesyuarat kakitangan yang dipengerusikan sendiri oleh Pengarah BPB kira-kira jam 915 pagi. Mesyuarat yang dimulakan dengan ucapan comel-comel oleh Pengarah BPB semakin menjadi panas dengan isu-isu yang dibangkitkan. Malah, semakin menjadi hangat apabila Jawatankuasa Tertinggi Kelab Kebajikan BPB dibubarkan serta-merta setelah menerima usul daripada seorang AJK kelab yang telah lama menabur bakti untuk Kelab Kebajikan BPB. Maka, pemilihan melantik Jawatakuasa yang baru telah diadakan. Dengan sebulat suara, seluruh warga BPB bersetuju melantik, Mr.Ooi (jiran aku) sebagai Setiausaha, Azah sebagai Penolong Setiausaha dan Mr. Kalai (masih berhutang dengan aku nasi daun pisang) sebagai Bendahari. Mesyuarat juga memberikan penghargaan kepada En. Junadi (bos Azah) yang akan melanjutkan pelajaran ke Holland beberapa hari lagi (we will miss u la Ap. No more gosip bout u).

Mesyuarat ditangguhkan kira-kira jam 1115 pagi. Dengan itu, acara kemuncak pada hari tersebut ialah Jamuan Aidilfitri BPB. Jamuan dimulakan dengan kata aluan daripada Pengarah BPB diikuti dengan bergambar beramai-ramai (acara kecoh kami-kami dan sporting by Pengarah).

 Y. Bhg. Dato' Pengarah (kanan - hensem kan) & En. MC
*pic by Dya Runana.

Menu yang disediakan pada jamuan tersebut sangat macam-macam dan meriah. Terima kasih kepada warga kerja BPB especially Kak Ida, Kak Lea, Kak Faz, Azah, Paeis dan Dya Runana  yang telah menceriakan majlis dengan aksi-aksi mereka.

 Ceria di Aidilfitri
*pic by Dya Runana

 Me with lampu kelip-kelip
*pic by Dya Runana

 Me with "bakal akak ipar"..huhuhu...
*pic by Dya Runana
 
 Mereka yang selalu menceriakan hidupku..*weee...
*pic by Dya Runana

Sisterhood~~
*pic by Dya Runana

Dilaporkan oleh: Me

Monday, October 4, 2010

My Cuppies

Ingat lagi pada entry ini? Ha..bagus. Disebabkan special request dari aku beberapa lame dahulu (erk..lame kah??) at last aku dapat merasa cupcakes dari mereka. "Diterbangkan" khas daripada Penang. Mantop kn.. Dah lah comel, sedap lak tu..


Cumel kan..

Sila ke blog Ninalicious Cuppies untuk membuat tempahan.. Anda pasti tidak akan menyesal (fuhh..10%..ahaha..)