Oh..kau sudah pulang. Rindunya. Aku sangat rindukan kau. 11 bulan aku menunggu kepulangan kau. Penantian itu suatu penyeksaan bagi aku. Penuh debar aku nantikan. Sangat excited.. Tak dapat aku gambarkan kegembiraan ini.
Alhamdulillah... Kite bertemu lagi..terubat rindu aku pada kau.. Walau aku tahu kehadiran kau hanya seketika, tapi aku mahu hargainya. Aku mahu masa-masa aku diisi dengan saat yang terindah bersama kau. Aku dambakan belaian manja kau. Mahu aku hayati setiap sentuhan dari kau. Aku tak mahu rugi setiap kenangan bersama kau. Nanti aku akan kecewa.
p/s: Salam Ramadhan untuk semua umat Islam. Moga peroleh keberkatan dibulan ini..
Salam Ramadhan juge untuk kamu! :)
ReplyDelete