Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Monday, July 12, 2010

Cherating to Kemaman

Bersambung dari entry sebelum ni, memang tepat pukul 4 petang semua kena gerak. Ha..dengan encik ayah jangan la ada sapa2 nak buat2 lambat @ lembab. Masak garing2 la jawabnya..

Aktiviti petang tu kami semua bertolak Kemaman..Buat apa?Sekadar jalan-jalan nak tengok apa ada kat Bandar Kemaman tu..Kami sampai dekat Kuala Kemaman aka tempat orang jual-jual ikan.. Sangat fresh ok semua hasil tangkapan laut. Ada ikan (macam-macam jenis), udang, ketam, sotong dan bla..bla..bla..puan mak dah excited nak beli bawak balik KL esok. Tapi agak sampai KL esok mmg dah tak fresh la. So tak tercapai hasrat beliau..Kiterang sempat ber-posing2 aje la tepi pantai.

Lepas da puas layan perasaan tepi pantai tu, kiterang p0n sambung lagi perjalanan cari makanan yang best. FYI, sepanjang jalan kat Kuala Kemaman tu, banyak orang jual satar, otak-otak dan kerepok lekor. Kiterang p0n berhenti kat satu kedai tepi jalan sebab teringin sangat nak makan semua-semua tu. Then memang sedap la kan.

Lepas makan, kiterang terus balik ke apartmen sebab hari dah petang sangat. Sampai aje kat apartmen, aku, Syitah dengan Akmal tak terus balik bilik. Kiterang pergi main layang-layang kat tepi pantai. Excited gile sebab dah lame tak main layang-layang. Last main masa aku couple dengan Zaki dulu kat Taman Metropolitan, Kepong. *kenangan..kenangan..

Agak dah puas main, lari-lari kat tepi pantai semua, dah sayup-sayup dengar azan maghrib, kiterang pon kemas-kemas balik bilik.

p/s: pic nanti aku upload ye..card reader melarikan diri la pulak..

2 comments:

  1. wahhh..sonoknye jenjln..post la pic..mesti cantek pantai tu..share aaaa...

    ReplyDelete
  2. soon...xd la cantek p0n.sbb lepak ms air surut.tak ade org pulak tuh.kan pantai belah2 pantai timur xd aktiviti pantai..sbb laut terbuka..

    ReplyDelete