Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Wednesday, August 18, 2010

HALAL yang HARAM

Isu ni memang hot sekarang. Sebenarnya dari dulu lagi. Tapi orang kita kurang peka dengan isu ni. Semalam aku tengok Aduan Rakyat di TV3. Antara sedar atau tidak, kita sebenarnya terperangkap dalam propaganda oleh mereka yang mahu lihat kemusnahan ISLAM.

Tengokla semalam kat Aduan Rakyat, di beberapa restoran makan dan hotel-hotel di sekitar Lembah Klang. Berapa banyak yang telah menggunakan logo halal palsu termasuk sijil halal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta yang sememangnya kesahihan sijil halal tersebut patut disangkal lagi. Padahal tahu, hanya JAKIM sahaja yang layak mengeluarkan sijil halal yang sah. Memang la kalau sesiapa pengusaha makanan/pengeluar produk kat Malaysia ni nak kan sijil halal perlu melalui beberapa prosedur. Mungkin mereka anggap prosedur-prosedur tersebut sangat leceh sehingga mereka memohon daripada syarikat swasta mana tah untuk keluarkan sijil halal tersebut. Siap ada yang sijil halal daripada JAKIM sudah tamat tarikh lupus. Sila renew la sijil tersebut. Pihak JAKIM ada hak untuk buat lawatan susulan untuk setiap permohonan yang baru. Dah jadi tanggungjawab mereka kan.

Pengusaha restoran yang bukan beragama ISLAM sanggup meletakkan logo dan sijil palsu tersebut bagi mengaburi mata pelanggan-pelanggan ISLAM yang naif. Mungkin mereka tak masak khinzir atau sediakan minuman keras di restoran mereka. Tapi kita tak pernah tahu sebenarnya pekerja-pekerja dapur aka chef yang tidak beragama ISLAM yang sediakan masakan untuk pelanggan ISLAM yang datang ke restoran/hotel mereka. Ouh..tertipu lagi..

Bukan setakat masak makanan, malah penyediaan makanan jugak tak bersih. Telur ayam tak cuci, ayam tak disembelih ikut cara betul ISLAM, serta bahan-bahan masak yang lain tak tau kesahihannya.. Da tu macam mane nih?? Benda-benda yang tak pasti tahap ke-halal-an nya jadi darah daging kita??


Ragam Bazar Ramadhan

Pagi ni aku dengar radio Hot FM. Memang tetiap pagi aku dengar Hot FM Am Krew sebab aku suka dengar topik/isu yang diperbahaskan termasuk celoteh penyampai-penyampainya, Fara Fauzana, AG & FBI. Ok..ok..sekarang bukan cerita pasal channel radio kesukaan aku. Tapi cerita pasal tajuk topic pagi ini, "Ragam di Bazar Ramadhan"..

Kebetulan p0n. Memang semalam aku nak post entry pasal topic ni. Aleh-aleh Hot FM AM Krew p0n discuss pasal topic ni.. Ape yang best topic ni?? Memang best. Sampai berasap hati aku tiap kali pegi bazar Ramadhan. Aduh..pose-ku.. Tapi nak cerita jugak..

Nasib lah puasa tahun ni aku ade Puan Emak yang masak-kan untuk berbuka dan sahur. So, sepatutnya tiada masalah dengan sebarang menu. Tapi selalunya untuk hari-hari bekerja, Puan Emak hanya sempat masak lauk-pauk aje. Kira kuih muih kena beli la kan..

Yang buat aku sakit hati sangat-sangat dengan peniaga-peniaga bazar Ramadhan sekarang ni, disebabkan nak untung lebih, mereka tak sedar mereka dah menganiaya orang ramai dengan menu jualan mereka. Macam mana diorang aniaya?? Check it out..

Kuih-muih: Kan kuih-kuih sekarang kebanyakan dijual dengan harga RM 0.40 sebiji. Dah memang tak jumpa lah yang jual RM 1.00/3 biji mahupun RM 0.20/kuih kan.. Memang harga kuih tak berubah dari sebelum puasa sampailah ke masa puasa sekarang ni. Tapi apa yang berubah adalah size kuih. Bayangkan kuih yang standard size RM0.40/kuih, aku jumpa di bazar semalam dengan harga yang sama tapi size nya ibarat dipotong dua. Kecik weh.. tah apa-apa dengan harga macam tu. Punya lah nak untung sangat orang sekarang sampaikan potong kuih pon kecik. Ya Rabbi...

Murtabak: Kes yang ini size nya aku perasan macam kecik sikit dari tahun-tahun lepas. Harga tetap RM2/murtabak. Murtabak pulak yang aku marah jugak sebab peniaga jual yang berinti basi. Ya Allah..Dah kalau yang semalam (tah-tah yang kelmarin jugak kot) tak habis dijual, hari ni mestilah jual balik kan. Kalau tak sure rugi lah. Tapi masalahnya, kalau yang semalam punya tak simpan elok-elok, sure la basi wahai peniaga-peniaga sekalian. Ouh..ini bukan tuduhan ok. Realiti.. Aku pernah terbeli murtabak yang intinya bau-bau masam bila nak makan.. Dah masam kan, so boleh tau la kata dah basi. Hish..

Gulai kawah batang pisang: Huh..yang ini memang sedap. Tapi kalau orangnya pandai masak yang sedap la kan. Kes gulai ni pulak pasal batang pisang. Ok..memang la namanya gulai kawah batang pisang. tapi gila ke apa nak makan batang pisang? Orang buat gulai ni guna umbut pisang la pak cik, mak cik, kakak, abang oiiii...bukan batang pisang yang keras ya amat tu.. Dah la guna batang pisang yang keras tu, banyak pulak tu. Dagingnya pon entah ke mana..

Hm.. banyak lagi la k0t. aku mintak jasa baik la, kepada peniaga-peniaga bazar terutamanya (aiceh..macam ade peniaga bazar yang baca blog ko..uhu..), atau sedara sepapat atau kawan-kawan kepada peniaga-peniaga bazar yang ada ter-buat perkara-perkara yang macam di atas, tolong la hentikan. Tak baik tau. Bulan mulia ni buat aniaya kat orang.

Setakat ni dah 3 bazar Ramadhan berhampiran rumah aku yang dah aku lawat. Bazar Ramadhan Selayang Utama (tapak pasar malam dekat Selayang Mall), bazar Ramadhan Bandar Baru Selayang (tapak pasar malam dekat stadium MPSelayang) dan bazar Ramadhan Selayang Baru (tapak pasar malam & pasar pagi dekat Balai Polis Selayang Baru) termasuk gerai-gerai kecil di 'benteng' (deretan kedai makan depan Taman Bidara 3). Setakat ni jugak la belum ada lagi bazar yang best di hati aku. Tak bernafsu pon aku tengok makanan kat bazar tu. Alhamdulillah la kan. Elak membazir..

Sunday, August 15, 2010

5th Ramadhan 1431H

Alhamdulillah, murah rezeki aku bulan puasa ni.. Kenapa? Ada orang sudi belanja aku dengan Cik Niena berbuka puasa.. wink..wink..wink.. Tq very much to En. Adam & En. Ajib sebab belanja kiterang makan seafood dekat Jeram, Kuala Selangor.. uh..mak aii..jauh kan.. Nak buat macam mana. Yang nak belanja mengidam lebih dari yang kena belanja.. ahaks..So, meh layankan aje gambar.

Da reserved ok..ahahaha..


Mereka yang baik hati belanja kami makan (Ajib & Adam)


Kami yang bertuah sebab ade orang belanja makan.. yea!!



Bersantai di tepi pantai sementara tunggu waktu berbuka


Aroma Ikan Bakar


Our menu


Ajib yang sangat lapar..ahahaha...

Aku tak tahu berapa kos kami makan ni..(orang belanja kata..so orang tu la bayar..ehehe..) Tapi ok la harganya aku rasa.. Makanan p0n sedap. Aku nak evaluate la cikit out of 5 stars:

Sotong goreng tepung: 4.5 Bintang
Rangup, rasa p0n sedap

Kailan ikan masin: 3.5 Bintang
Bukan tak sedap. Tapi kurang sikit rasa masin ikan. Ikan masin p0n tak banyak. Diorang nak kurangkan darah tinggi kut..uhu..

Ketam goreng berlada: 4.5 Bintang
Masakan ni p0n sedap. Bak kata Cik Niena, selalu kami jarang amik ketam. Tapi kali ni nak try pulak. Memang berbaloi la. Ni memang aku pulun betul..ehehe..

Butter prawn: 3.5 Bintang
Masakan ni boleh tahan la. tapi kalau udang tu betul-betul punye fresh, lagi mantap..

Siakap bakar: 4 Bintang
Bau rempahnye aje dah sedap. So, bukan makanan yang patut disia-siakan. Tapi lagi better kalau rempah cili.Aku suka macam tu lagi..

Kerang bakar: 4 Bintang
Ni memang feberet aku. Memang best tahap kebakaran-nya. Aku suka yang bakar kering aka rentung. Tapi sebab sampai lambat sangat bila semua makanan lain dah habis, macam tak feel je. Rasa kenyang..

Tom Yam campur: 4 Bintang
Tom yam pon sedap. Tak masam dan pedas sangat. Kalu tak ada makanan lain, memang aku hirup sampai kering mangkuk..ehehe..

Secara keseluruhan,
Makanan: 4 Bintang
Tempat dan Suasana: 4 Bintang (siap sediakan surau..alhamdulillah..)
Servis: Oh..ini kureng sikit. Sebab ade pekerja yang emo. Penat dah kot..3.5 Bintang

Btw, thanks a lot to Ajib & Adam. Kami kenyang sangat ok.. Lain kali ajak la lagi..ahahahah..

Kalau korang berminat nak makan kat Aroma Ikan Bakar, ni alamat dan contact numbernya.

Jalan Jati, Pantai Jeram
45800, Jeram, Selangor

017-316 3117

Saturday, August 14, 2010

3rd & 4th Ramadhan 1431H

Puasa hari ke-3 kami berbuka dengan along & abg fauzi..ups..sekali dengan si kecil Amni..uh..itu budak kecik sangat excited berbuka bersama kami-kami..macam la dia puasa sama..dah la mulut sangat becok..ade je dia nak sembang..

Si Kecil Amni

menu berbuka untuk hari ke-3 agak banyak. sebab along & abg fauzi beli makanan kat bazar ditambah lauk pauk yang puan emak masak..Memang kenyang macam ular sawa kekenyangan la..eeee...

Berbuka hari ke-4, si kecil amni tak dapat join (umi ayah dia p0n tak join la..) Sebab ada saudara yang datang bertandang rumah diorang.. Walaubagaimanapun (aiceh..ayat surat.. berkat usaha aku jadi jurutera surat kat opis..uuu..) puan emak tetap masak macam-macam sebab anak kesayangan beliau di Intec Shah Alam pulang untuk berpuasa bersama keluarga..

Kangkong Goreng Belacan

Daging Goreng Berlada

Masak Lemak Rebung Bersama Perut

Popia Goreng

Burpp... Alhamdulillah.. =)

Thursday, August 12, 2010

2nd Ramadhan 1431H


Alhamdulillah..da 2 hari aku berpuasa..Still tak ada apa-apa masalah.. Thanks GOD..

Sahur: Tetap pukul 5..ehehehe..

Iftar: Memandangkan Encik Ayah dah pulang dari outstation, menu bazar ramadhan memonopoli dining table.. haihla..bila tak habis makanan yang dibeli, mulala kecik hati, merajuk, kata lain kali nak beli 2 ketul kuih aje untuk sendiri..(sape suruh beli banyak-banyak?kan dah pesan..aish..) Tapi Puan Emak tetap masak sebab teringin sangat nak makan lauk ini..

Pajeri Nanas (Puan Emak masak sendiri ok..lagi sedap)

Tapi,


See, lauk yang banyak ini. Untuk 4 orang makan ok.. Siap ade jugak mangkok lain untuk pajeri nanas. Mangkok pajeri nanas yang 1 lagi tu, encik ayah yang beli. Dah pesan puan emak nak masak lauk tu, tapi dia nak beli jugak..hm..ayahku..

Teringin~~~

Tiba-tiba masa tengah bukak puasa tadi aku bagitau mak aku teringin sangat nak makan ni:

Ikan bawal goreng
(Gambar ambik kat sini)

Tiba-tiba kan. Punya la banyak lauk pauk kat bazar, ikan goreng aje yang aku teringin.. Sempoikan.. Seyes aku teringin. Bawal goreng panas-panas makan dengan nasi panas-panas. Cicah dengan kicap campur cili api..fuhh.. Tak sabarnya aku nak makan. Akan aku usahakan jugak..

Dulu masa duduk kat Penang, selalu gak la aku makan bawal goreng nih. Bukan goreng sendiri la. Makan kat kedai di Bandar Perda. Pernah jugak makan masa berbuka puasa bersama seorang teman. Semoga puasa kali ni dapatla aku berbuka puasa dengan menu itu lagi..

Wednesday, August 11, 2010

1st Ramadhan 1431H

Alhamdulillah..puasa pertama aku tak ada apa-apa masalah.. cik Perut p0n memberi kerjasama yang baik sepanjang hari pertama berpuasa. Kira aku sangat suka lah dengan puasa pertama aku nih..ehehe..

Sahur: Jam 5 pagi.. Tu p0n sebab Puan Emak yang kejut. Walaupun telah standby tidur di ruang tamu supaya senang terjaga dengan awalnya. Tapi tidak berjaya. Puan Emak jugalah yang bangun seawal 4 pagi bertungkus lumus sorang-sorang di dapur sediakan juadah bersahur..Maafkan anakanda-mu ini..ehehe..

Iftar: Hari pertama berbuka puasa hanya aku, Puan Emak dan akmal aje. Encik Ayah terpaksa outstation. tapi tak adalah masalah sangat pon. Kami-kami ni sangat sempoi bile berbuka.. Lauk-lauk mak masak, aku dengan Akmal pergi Bazar Ramadhan @ Pasar Malam Selayang Utama untuk beli kuih muih. Menu berbuka untuk puasa pertama seperti kat bawah ye..

Masak Lemak Telur
(Guna telur ayam je sebab tak ada telur itik..* Gambar ambik di sini)


Ikan Cencaru Sumbat
(*Gambar ambik di sini)

Ha.. itu aje la..Sempoi kan..Untuk elakkan pembaziran. Makan ala kadar. Janji kenyang. Mak siap masak dalam pukul 6.15 petang. Musti kena laju sebab nak tengok cerita hindustan, Choti Bahu kat channel Astro Zee. So by 6.30 petang semua juadah berbuka sudah tersedia.

Tarawikh: Aku berjaya membawa diri ke surau untuk bertarawikh sebabnya malam pertama aku terkantoi tarawikh nih..uhuhuhu..

p/s: Moga hari-hari seterusnya adalah lebih baik.. Amin.

Salam Ramadhan

Oh..kau sudah pulang. Rindunya. Aku sangat rindukan kau. 11 bulan aku menunggu kepulangan kau. Penantian itu suatu penyeksaan bagi aku. Penuh debar aku nantikan. Sangat excited.. Tak dapat aku gambarkan kegembiraan ini.

Alhamdulillah... Kite bertemu lagi..terubat rindu aku pada kau.. Walau aku tahu kehadiran kau hanya seketika, tapi aku mahu hargainya. Aku mahu masa-masa aku diisi dengan saat yang terindah bersama kau. Aku dambakan belaian manja kau. Mahu aku hayati setiap sentuhan dari kau. Aku tak mahu rugi setiap kenangan bersama kau. Nanti aku akan kecewa.

p/s: Salam Ramadhan untuk semua umat Islam. Moga peroleh keberkatan dibulan ini..