Its Me

My photo
Hamba Allah yang lemah, anak kepada Encik Ayah dan Puan Emak, adik kepada Puan Along dan Encik Abang Ipar, kakak kepada 2 adik perempuan dan seorang adik lelaki, aunty yang sangat debomm kepada Si kecil Amni dan Nani, kawan yang sangat best kepada ARBLO, BFF dan semua kawan-kawan serta pekerja yang tersangat-lah rajin kepada bos..ehehe...

Thursday, July 29, 2010

KESUKAAN 2

Berbalik pada entry sebelum nih...aku pon tak paham kenapa aku post mcm tu..ehehe..getiks kan..

Mak aku pesan jangan suka-suka tak suka orang. Jangan suka-suka nak benci orang. Jangan nak kutuk-kutuk orang. Jangan suka-suka sumpah seranah orang. Jangan suka-suka nak aniaya orang. Jangan suka-suka nak rendah-rendahkan orang. Pendek kata, janganlah nak buat tak baik dengan sesiapa pon termasuk diri sendiri.. Sebabnya,

"Nanti ko nak cari kat mana orang tu nak mintak maaf? Kalau dia da mati macam mana? Kalau ko da sipi-sipi nak mati, sempat ke nak cari nak mintak maaf?"

Ha..sentap tak? Kalau aku memang sentap la kan..So, secara kesimpulannya, buat aje la yang baik-baik. Tak rugi pon kalau ko suka orang. Bukan kene bayar pon. Err..ada ke kalau kite suka orang pastu kite kene bayar ape-ape??Pikir...pikir...rasa-rasa tak ada..Unless, bagi lelaki yang berkenan dengan anak dara orang then korang kena bagi mas kahwin dan/atau hantaran.. Itu sudah semestinya ok..=)

p/s:Eh..kamu..j0m..kawen..ahahahahaha...

Wednesday, July 28, 2010

KESUKAAN

Aku Suka Dia

Tuesday, July 27, 2010

KERINDUAN

Setelah berehat selama beberapa bulan, semalam aku sambung balek berfutsal. ouh..sungguh rindu. Walaupon agak kepancitan di tengah court itu, tapi aku gumbira..berfutsal bersama rakan-rakan..ouh..ouh lagi..ehe..harap dapat berfutsal lagi pada minggu depan dan minggu-minggu seterusnya. Supaya lemak-lemak di badan aku ni tidak lagi tepu dan degil..uhu..Dapat kuubati kerinduan pada futsal..

Seperkara lagi, aku rindukan momen-momen bersama mereka. Siapa mereka? Wanie, Belle, Ekin, Ayu, & Rien..Haih...Ayu dah selamat bergelar isteri orang. bakal ibu, InsyaAllah.. Rien bakal tamatkan zaman bujangnya pada Oktober ini, insyaAllah..bakal menyusul, Belle. Selepas itu?Antara aku, Wanie dan Ekin. Siapa? Biar masa dan keadaan yang tentukan. Tapi itu bukan permasalahannya..Masalah aku adalah aku kerinduan. Kerinduan untuk ber-hu-ha bersama mereka. ouh..sungguh..haihla...

Thursday, July 22, 2010

TERIMA KASIH

Alhamdulillah..rezeki aku dengan kawan-kawan kat ofis tengah hari ni. Lunch kiterang ditaja oleh Tn. Hj. Abd Mutalib. Terima kasih Hj..burpp...ehehe..

Tajaan lunch ni sempena keberangkatan beliau ke US untuk berkursus selama lebih kurang 1 minggu pada esok hari.. Doa kami di Bahagian Pengurusan Banjir, JPS Malaysia semoga Hj selamat pergi dan pulang. Amin... FYI, Tn. Hj. Abd Mutalib merupakan Timbalan Pengarah 1 bahagian aku.

Beliau ade la lelaki berkopiah itu...

Wednesday, July 21, 2010

Rajin

Bertepatan dengan tajuk entry kali ni, aku memang rajin. Rajin ape??Rajin update blog la..Sengal kan. kalu malas tu, berkurun la tunggu aku nak update blog nih. Tapi bile rajin, 1 hari berapa entry da berjaya aku posted..ehehe..Aku kan.. Siapa yang kenal, memang tau dah la perangai.ehehehehe...(Malu lak saye..ehehe..)

Pasal rajin ni pon ade cerita jugak. Hari Isnin lepas aku buatkan minum petang. Musti korang pikir aku uli tepung buat karipap ke donut ke. Sebenarnya aku goreng nugget aje pon.Ok la kan untuk minum petang kn..uuuu...Tiba-tiba adik aku tegur,

"Rajin angah masak. Selalu jangan harap"

Cet punye adik.. Dah aku masak pon ko nak kecoh kan. Lagipon menggoreng aje..ehehe..Tapi drama tu tak habis kat situ. Encik Ayah pulak membalas,

"Angah ko masak ikut musim"

Pek...bertepek kat dahi aku.Kan dah kene. Tu la. Malas sangat..ehehe...

p/s: Nak berbuka ape ye hari ni???

Tuesday, July 20, 2010

Rezeki Lagi

Alhamdulillah..ade berita gembira lagi. semalam aku berkongsi berita gumbira Yanie dengan Ayu.. (eh..eh..eh..da reveal??Yanie yg revealkan..) Hari ni aku nak share lagi berita gumbira yang serupa. My Along pregnant anak kedua.. Alhamdulillah..Ini bermakna stok anak buah-ku akan bertambah. Si kecil Amni akan dapat adik. Moga hidup my Along sekeluarga makin terus dilimpahi rezeki dan bahagia selamanya.Amin...

Tidak Bermaya

Haih la...hari rasa letih aje.kenapa ye?tak kan la sebab puasa?ehehe..hari ni puasa ganti yang ke-8. Means 2 days to go..10 hari???banyak-kan..ehehe..sebenarnya aku lupa+confius berapa hari sebenarnya yang aku kene qada'..tapi aku tau tak lebih dari 10 hari. so untuk play-safe aku qada' la 10 hari. Seminggu aku buat 1 @ 2 hari aje. tak mampu nak buat straight..ehehe...dugaan banyak sangat..

Lately nih, migrain aku kembali..selalunya saket sikit-sikit aje. Kali ni saket memanjang. Makan berhari jugak la.haish-la..Saket kot..Kali ni saket aku tak nak makan apa-apa ubat. Sebabnya aku pernah addicted dengan pain-killer/paracetamol..So, sekarang kalau sakit, aku minum air banyak-banyak. Aku tak tau ape kebaikan air untuk migrain aku ni. Tapi sekurang-kurangnya buat aku tak rasa nak makan apa-apa ubat.Ok la kan..

Tapi kalau puasa macam sekarang???*duduk senyap-senyap suda~~~

Monday, July 19, 2010

Syukur Alhamdulillah

Syukur sangat. Happy jugak.. Tapi tuan punye badan mesti lagi happy kan...

Mesti pelik-pelik ape yang happy-nya aku ni..Sahabat aku dapat berita gembira. Beliau sudah pregnant..Alhamdulillah. Akhirnya penantian dia hampir 1 tahun sudah berakhir. Berkat doa dan usaha berhasil..

Untuk kamu wahai bakal ibu, tahniah ye..aku sangat gumbira. Jaga diri baik-baik.

p/s: Beliau kawan UITM. Nanti aku revealkan siapa beliau. Untuk Puan Yanie, tahniah jugak ye..*oh..suke..suke.. =)

Wednesday, July 14, 2010

Mari Tengok Gambar 2

Sambung lagi tengok gambar ye~~~


Tinggi woo aku naekkan..ehe..

Bersama si dia




Kami nak mandi kolam!!


Jadi tak versi Majalah Mangga? uhu..




p/s: Ok..cukup la noo..kalau nak tengok banyak-banyak lagi, kamu tengok dekat Facebook aku..

Mari Tengok Gambar

Entry kali ni aku just nak qada' gambar percutian to Cherating. Kamu-kamu enjoy la ye tengok gambar-gambar aku yang comel dan mereka-mereka yang terlibat dengan percutian ini..Ayuh!!!

Perjalanan dimulakan dengan wajah si poyo ini..ehe..


Konon ini adalah pose dia paling cun..chait..

Budak ini yang paling seronok sekali

Along's family

Sesi melantak durian

Dimulakan oleh encik ayah

Cacat-kah???

Berkasih-kasihan di kala baik. Kalau gaduh??huh..jangan harap-la nak macam ni

Trio Album "Ku-Bukan Budak Kecil"

Santar (sebutan oleh encik adik bongsu) dan otak-otak

Monday, July 12, 2010

Cherating to Kemaman

Bersambung dari entry sebelum ni, memang tepat pukul 4 petang semua kena gerak. Ha..dengan encik ayah jangan la ada sapa2 nak buat2 lambat @ lembab. Masak garing2 la jawabnya..

Aktiviti petang tu kami semua bertolak Kemaman..Buat apa?Sekadar jalan-jalan nak tengok apa ada kat Bandar Kemaman tu..Kami sampai dekat Kuala Kemaman aka tempat orang jual-jual ikan.. Sangat fresh ok semua hasil tangkapan laut. Ada ikan (macam-macam jenis), udang, ketam, sotong dan bla..bla..bla..puan mak dah excited nak beli bawak balik KL esok. Tapi agak sampai KL esok mmg dah tak fresh la. So tak tercapai hasrat beliau..Kiterang sempat ber-posing2 aje la tepi pantai.

Lepas da puas layan perasaan tepi pantai tu, kiterang p0n sambung lagi perjalanan cari makanan yang best. FYI, sepanjang jalan kat Kuala Kemaman tu, banyak orang jual satar, otak-otak dan kerepok lekor. Kiterang p0n berhenti kat satu kedai tepi jalan sebab teringin sangat nak makan semua-semua tu. Then memang sedap la kan.

Lepas makan, kiterang terus balik ke apartmen sebab hari dah petang sangat. Sampai aje kat apartmen, aku, Syitah dengan Akmal tak terus balik bilik. Kiterang pergi main layang-layang kat tepi pantai. Excited gile sebab dah lame tak main layang-layang. Last main masa aku couple dengan Zaki dulu kat Taman Metropolitan, Kepong. *kenangan..kenangan..

Agak dah puas main, lari-lari kat tepi pantai semua, dah sayup-sayup dengar azan maghrib, kiterang pon kemas-kemas balik bilik.

p/s: pic nanti aku upload ye..card reader melarikan diri la pulak..

Saturday, July 10, 2010

Bersiaran Dari Cherating

Fuhh..percutian bersama keluarga di Cherating, Pahang Darul Makmur akhirnya terlaksana jugak..Sebenarnya bukanla percutian ni dirancang dengan begitu teliti pun..Maksud teliti kat sini plan lame dan secara terperinci mengenai tempat-tempat untuk dilawati.

Percutian ni dirancang secara kebetulan nak hantar adik kesayangan (wahai cik adik, sila terharu..) masuk untuk menyambung pengajian di UIAM Kuantan setelah cuti semester selama 3 bulan..Dalam tempoh cuti 3 bulan tu, beliau buat practikal kat Hospital Selayang. Bukan sebagai doktor ye. Tapi sebagai medical lab technician kat sana.

Disebabkan beliau manja nak kena hantar bagai, so encik ayah pun telah merancang percutian ini seminggu yang lepas. Cherating kan..tempat cuti-cuti. Hari minggu pulak. Makanya haruslah fully booked kebanyakan tempat-tempat penginapan kat sini. Dengan bersusah payah menghubungi tempat-tempat penginapan yang selesa untuk sekeluarga, akhirnya kami dapatla jugak sebuah apartmen yang terletak dekat Sungai Karang, Cherating. Namanya Sanctuary Resort. Apartmen 3 bilik. Cukup selesa untuk kami sekeluarga (termasuk family along).

Kami semua sampai kat resort ni pukul 220 petang setelah bertolak dari KL pukul 1020 pagi. So sekarang masa bermalas-malasan kat bilik sebelum aktiviti seterusnya pukul 4 petang..

Will be update...=)

p/s: Macam skema je cerita aku nih...

Saturday, July 3, 2010

Lamenye~~~

Lame tak weh??ade sape2 rindu??uhu..bajet ade la org nak rindu dgn kamu ye wahai Mas..Lame la pulak aku tak update blog nih...sibuk??kadang-kadang ade la masa2-nya aku sibuk..tapi ade jugak mase yang aku tak sibuk. tapi kenapa tak update ye??sebabnya setiap kali aku nak update blog ni aku mesti blur..kenapakah?gangguan jin??uish..tak ada la sampai macam tu. aku just tak tau cerita apa yang nak bagitau orang.padahal cerita banyak aje..ehehe..

ok2...jangan risau pening2 kepala bagai ye..aku akan update jugak..bertenang wahai rakyatku..eh..eh..wahai pembaca blog-ku..=)